⚽ Liga Super 2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,316
Reaction score
11,099
Points
2,376

REZEKI | Faisal Jual Lemang, Bantu Jana Pendapatan Keluarga​

Menjelang Aidilfitri, ahli-ahli sukan kebangsaan terus rancak menjana pendapatan tambahan berikutan penangguhan semua acara sukan ketika ini.

Tidak kekok berniaga pemain bola sepak Pahang, Faisal Abdul Halim.

Faisal atau lebih mesra disapa Mickey melebarkan sayap menjual lemang susulan permintaan yang cukup tinggi menjelang perayaan.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,316
Reaction score
11,099
Points
2,376
njtfyncd_1589952005.jpg

Bayar satu bulan dulu sebelum 1 Syawal


KUALA LUMPUR: Pemain Melaka tidak perlu berduka untuk sambut Aidilfitri kerana Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memberi jaminan tunggakan gaji mereka akan diselesaikan sebelum 1 Syawal.

Perkembangan itu disahkan Naib Presiden MUSA, Mohd Ashiq Abd Samad yang menjelaskan pihaknya sudah mula membayar tunggakan gaji Mac terlebih dahulu sebelum tunggakan April dijangka diselesaikan selepas Aidilfitri.

Jelasnya, pihaknya sentiasa memberikan komitmen dalam menunaikan tanggungjawab menjaga kebajikan pemain sekali gus memastikan pemain dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana gembira.

"Kita sudah mula membayar tunggakan gaji Mac terlebih dahulu membabitkan pembayaran kira-kira RM1 juta. Selepas ini, kita akan uruskan pembayaran April kerana kita sudah mula mengenakan pemotongan gaji akibat COVID-19.

"Kita perlu selesaikan dahulu tunggakan yang berlaku sebelum COVID-19 untuk membuat pemotongan gaji pada April. Sebab itulah kita akan lunaskan tunggakan bagi Mac sebelum Hari Raya.

"Pembayaran bagi Mac sudah bermula namun ia berperingkat mengikut pasukan Liga Super, Piala Presiden dan pasukan yang seterusnya," katanya.

Sebelum ini, pemain Melaka menyuarakan kebimbangan mengenai isu tunggakan dua bulan gaji yang dihadapi memandangkan sambutan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Berdasarkan rekod lampau, Melaka tidak seharusnya memandang ringan isu tunggakan gaji memandangkan mereka sudah dikenakan pemotongan tiga mata serta merta susulan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan, Mac lalu.

Situasi itu menyaksikan Melaka yang ketika itu menghimpun enam mata untuk menghuni tangga ketiga terperosok ke tangga ke-11 liga selepas kutipan mata menjadi tiga.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,316
Reaction score
11,099
Points
2,376
mbsanusi1_1589964069.jpg

LATIHAN_PASUKAN_KEDAH_MENJELANG_PERLAWANAN_AKHIR_PIALA_MALAYSIA_1589964072.jpg

MB Kedah baharu janji bantu pemain Lang Merah


ALOR SETAR: Pemain skuad Lang Merah boleh menarik nafas lega apabila Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor berjanji akan membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji membabitkan mereka itu.

Beliau memaklumkan hanya mengetahui mengenai kemelut terbabit melalui media semalam.

"Saya hanya mengetahui mengenai tunggakan gaji pemain menerusi media sahaja. Saya difahamkan berlaku masalah gaji kerana kekangan kewangan. Saya akan berjumpa segera pengurusan KFA untuk dapat kedudukan sebenar.

"Namun saya harap pemain dapat sambut Aidilfitri dengan gembira," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pemain Kedah sebelum ini mendakwa tidak mendapat bayaran gaji tiga bulan mulai Februari lalu, dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris kelmarin mengumumkan kerajaan negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji mereka.

Katanya, Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mukhriz sudah meluluskan peruntukan itu dua hari sebelum meletak jawatan sebagai MB.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,316
Reaction score
11,099
Points
2,376
photo_2020-05-21_20-22-19_1590063888.jpg


Annas Rahmat (belakang, kanan) bersama skuad Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar

Annas tekad bantu MU bangkit sebaik liga disambung


MELAKA: Perkhabaran aksi Liga Super bakal disambung semula pada awal September ini jelas amat melegakan buat pemain tengah Melaka United (MU), Annas Rahmat namun tekanan tetap dirasai selepas pemotongan tiga mata skuad terbabit.

Baginya berada di tiga kelompok teratas liga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan Mac lalu sedikit sebanyak ada hikmahnya. Pun begitu pemotongan tiga mata berharga berkenaan agak menyedihkan kerana menyebabkan skuad Hang Tuah jatuh ke tangga ke-11 liga.

Katanya, sememangnya dia dan rakan lain bersemangat kembali beraksi pada 1 September seperti diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini selepas berehat panjang susulan pandemik COVID-19.

"Semangat tinggi kami ini penting bagi menebus kehilangan tiga mata dan dalam masa sama perlu memenuhi misi penting skuad Hang Tuah.

"Ianya perlu menjadi titik berharga positif buat kami untuk tidak lagi tercicir sebarang mata selepas dua kekalahan iaitu masing-masing kepada FELDA United dan Pahang selepas menang aksi bertemu UiTM FC dan PDRM," kata bekas pemain Negeri Sembilan, Harimau Muda, PKNS dan PJ City itu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memutuskan pemotongan tiga mata ke atas skuad kendalian Zainal Abidin Hassan selepas memulakan saingan Liga Super dengan langkah cemerlang.

Pemotongan itu diputuskan pada mesyuarat Pelesenan Kelab FAM (FIB) selepas mendapati MU gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register