⚽ Liga Super 2019 (1 Feb - 21 Julai)

Recommended Brokers


iwak

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
7,580
Reaction score
37
Points
0
Taun ni pahang dgn melaka peluang cerah nk jd juara. Amik peluang jdt yg mungkin kepenatan main acl.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,767
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Taun ni pahang dgn melaka peluang cerah nk jd juara. Amik peluang jdt yg mungkin kepenatan main acl.
Setakat ni gitu la
Tahun lepas gitu jgk
Masuk separuh musim
JDT je konsisten
 

farhansopri

Active Member
Joined
May 18, 2011
Messages
1,130
Reaction score
13
Points
0
Sian lak yg langgan UNIFI tapi tak dpat tengok Live
Taw tak pa Boss.
Bila ada live kat TV9 or TV1
Unifi Box nya channel TV9 n TV1 tak tunjuk bola ada drama plak.
Broadcast License issue sebabnya
Selamat ada iFlix tgk la kat situ.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,767
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Taw tak pa Boss.
Bila ada live kat TV9 or TV1
Unifi Box nya channel TV9 n TV1 tak tunjuk bola ada drama plak.
Broadcast License issue sebabnya
Selamat ada iFlix tgk la kat situ.
IFlix jadi penyelamat
Menda gini la buat org rimas dgn Liga M
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,767
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Kuala Lumpur FA Official


unifi Liga Super Malaysia 2019 | LS3

Kuala Lumpur VS Perak
Jumaat | 15 Februari | 9:00 Malam
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

#sampaimatikualalumpur
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,767
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL


PEMAIN Melaka United, Safiq Rahim (tengah) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Hang Jebat, Krubong

MU buru tiga mata jumpa Pahang


MELAKA: Tiada impian lebih besar buat barisan Melaka United (MU) selain melakar kemenangan ketika ujian getir berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Selepas mengutip dua kemenangan berturut-turut menewaskan PJ City 2-1 dan PKNS 1-0, buruan skuad Hang Tuah pastinya untuk melebarkan catatan kemenangan pada aksi ketiga Liga Super mereka.

Pemain tengah MU, Raimi Md Nor, berkata sudah pasti misi turun padang Sabtu ini untuk menambah tiga mata lagi sekali gus memastikan rekod dua kemenangan sebelum ini mampu dipertahankan.

Menurutnya, perlawanan itu lebih bermakna berikutan ia berlangsung di gelanggang sendiri justeru usaha mengekalkan rekod tanpa kalah amat perlu digandakan di depan penyokong setia.

"Justeru, kami harus menggunakan kelebihan aksi di laman sendiri untuk menafikan kecemerlangan lawan yang juga pasukan hebat yang belum tewas setakat ini.

“Walaupun menyedari skuad Tok Gajah antara pasukan pilihan, namun ia bukan bermakna MU yang yang turun sebagai ‘underdog’ tidak mampu mengecewakan mereka,” katanya.

Raimi berkata, keazaman semua rakan sepasukan serta nasihat dan teguran barisan kejurulatihan MU menjadi panduan untuk merealisasikan misi penting kali ini.

Bagaimanapun, dia yang juga antara pemain utama skuad menyerahkan keputusan kepada jurulatih Zainal Abidin Hassan menentukan kesebelasan pertama dalam perlawanan terbabit.

Ia berikutan perancangan mereka mengambil kira semua aspek termasuk kekuatan pasukan, kelemahan lawan dan kecederaan pemain.

Sehubungan itu, tanpa mengira siapa yang diturunkan kesemua pemain sentiasa bersedia untuk beraksi bagi memberi tentangan hebat kepada pasukan pelawat.

Untuk rekod, Pahang sebelum ini gah menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dan Terengganu 3-0.


https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/02/530380/mu-buru-tiga-mata-jumpa-pahang
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,767
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Pafa hargai MFL lulus permohonan tunda perlawanan


IPOH 14 Feb. -Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) merakamkan penghargaan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana meluluskan permohonan pasukan Perak untuk menunda perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur esok.

Pafa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kerana memberi pertimbangan dan kelulusan walaupun permohonan tersebut dikemukakan dalam tempoh agak singkat.

"Pafa memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan awal daripada pihak kami yang menyatakan MFL telah menolak permohonan tersebut. Pafa juga ingin menjelaskan bahawa kami tidak sama sekali mendakwa MFL tidak melayan permohonan berkenaan, seperti yang dilaporkan dalam tajuk berita beberapa portal berita.

"Pafa telah menghantar permohonan menunda perlawanan menentang Kuala Lumpur pada pukul 11.10 pagi semalam. Pafa mengambil maklum MFL perlu melalui proses-proses tertentu termasuk mendapatkan persetujuan bersama KLFA dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum meluluskan permohonan," kata Pafa dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, MFL bersetuju meminda perlawanan Kuala Lumpur dan Perak yang sepatutnya berlangsung esok ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam ACL 2019,” kata MFL menerusi satu hantaran baharu di laman Facebook rasmi mereka, hari ini.

Semalam, Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, FAM telah menolak permohonan Perak untuk menangguhkan perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur di tempat lawan esok.

Ini menyebabkan pemain Perak tidak cukup rehat untuk untuk mengharungi perlawanan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Ulsan Hyundai di Korea, Selasa depan.

Perak memerlukan rehat yang secukupnya setelah beraksi 120 minit sebelum mengalahkan kelab Hong Kong, Kitchee SC menerusi penentuan penalti 6-5 dalam perlawanan kelayakan di Stadium Perak kelmarin selepas perlawanan sebenar berakhir 1-1.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pafa-hargai-mfl-lulus-permohonan-tunda-perlawanan-1.840589#ixzz5fTbmZi5E
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Sponsored Post
Top
Log in Register