⚽ Liga Perdana 2020

CG Sponsors

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376
FB_IMG_1588109392327.jpg

*Jika Liga M disambung semula sekitar bulan 10 atau 11 admin rasa mustahil untuk setiap pasukan dapat menghabiskan semua baki perlawanan hingga bulan 12.
*Bulan 12 bukanlah waktu sesuai untuk perlawanan bola sepak atas faktor cuaca hujan terutama negeri-negeri pantai timur.
*Apatah lagi kita terlibat dengan PIALA AFF dan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
*Bulan 12 mungkin Liga M akan berehat semula dan jadual akan bersambung pada bulan Februari 2021.
*Admin rasa andai kita habiskan semua perlawanan liga termasuk Piala FA dan Piala Malaysia berkemungkinan Liga Malaysia akan tamat pada bulan Mei atau Jun 2021.
*Sekadar cadangan admin mengapa tidak kita mengikut sistem Eropah bermula musim ini.
*Ya musim 2020/21 bagi musim ini.
*Seterusnya bagi musim 2021/22 Liga Malaysia mungkin boleh bermula pada Ogos 2021 seperti mana liga-liga domestik Eropah.
*Pada bulan 12 musim 2021/22 mungkin Liga Malaysia boleh berehat beberapa minggu kerana faktor cuaca.
*Tatkala kebanyakan liga domestik Eropah juga turut berehat panjang pada bulan Disember sempena perayaan Krismas.
*Salah satu kelebihan menggunakan sistem seperti Eropah adalah pintu perpindahan pemain.
*Di Eropah pintu perpindahan dibuka pada ogos dan Januari.
*Pada masa ini ramai pemain-pemain import berkualiti sedang mencari kelab.
*Jesteru kelab-kelab Liga M berpeluang cerah untuk mendapatkan pemain-pemain import berkualiti pada waktu ini.

#LigaMalaya
#Jemputlikekomendanshare
#LigaMalaysia2020
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376

SOP Baharu Liga Malaysia 2020 Akan Diumumkan Pada Bulan Depan
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376

COVID-19: Pasukan Liga Malaysia Mungkin Terpaksa ‘Buang’ Pemain Import Untuk Atasi Masalah Kewangan
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376
nela_1589438614.jpg

Syed Sobri bersama hasil tangkapan ikan

Pemain profesional kembali jadi nelayan

KUALA LUMPUR: Ketika pemain lain melakukan latihan sendiri di rumah sepanjang penangguhan Liga Malaysia (Liga M), lain pula bagi Syed Sobri Syed Mohamad yang menjadikan laut sebagai tempat dia 'beraksi' mengekalkan tahap kecergasan.

Syed Sobri yang juga perancang tengah UKM FC menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk kembali melakukan pekerjaan lamanya sebagai nelayan.

Pekerjaan itu sebenarnya bukan asing buat pemain berusia 26 tahun berkenaan kerana sudah memiliki pengalaman sejak kecil turun ke laut bersama keluarga dan rakan di kampung halamannya, Kemaman, Terengganu.

"Apabila balik ke sini (Kemaman), memang menangkap ikan antara kegiatan yang saya akan buat kerana saya memang berasal daripada keluarga nelayan, tiada apa yang asing bagi saya.

"Saya akan turun di waktu malam dan balik menjelang subuh. Begitulah rutin saya setiap hari pada tempoh PKP ini dan jika cuaca tidak mengizinkan, saya akan berehat," katanya.

Syed Sobri memulakan kerjaya bersama Sime Darby FC selama dua musim dari 2015 hingga 2016 sebelum berhijrah ke Melaka pada musim berikutnya.

Dia juga pernah menyarung jersi T-Team pada pertengahan musim 2017 sebelum pasukan itu dijenamakan semula kepada Terengganu FC II pada 2018 dan beralih arah bersama UKM FC sejak musim lalu.

Dalam pada itu, Syed Sobri mengakui aktiviti menangkap ikan menjadikan dia kekal cergas kerana pekerjaan itu bukan mudah untuk dilakukan.

"Mungkin kerja menangkap ikan ini orang ingat macam mudah tetapi sebenarnya memerlukan kudrat yang kuat terutama ketika menarik pukat.

"Selain melakukan latihan sendiri di rumah, saya rasa aktiviti menangkap ikan membuatkan saya kekal bertenaga sepanjang tempoh PKP kerana ini satu pekerjaan yang berat," katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376
saromkalam_1589987416.jpg

Mohd Shahrom Kalam. - Foto FB

PKP bantu pengajian Shahrom di UNISEL

SEREMBAN: Tempoh rehat kerana sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB) memberi peluang kepada pemain pertahanan Negeri Sembilan (NS), Mohd Shahrom Kalam memanfaatkan masa itu untuk mengulangkaji pelajaran.

Tonggak berpengalaman berusia 34 tahun itu sudah memasuki tahun kedua pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Selangor (UNISEL).

"Tempoh PKP dan PKPB ini memberi masa yang lebih buat saya untuk mengulangkaji pelajaran. Saya perlu menggunakan masa lapang dengan baik untuk pengajian itu kerana ia juga penting untuk masa depan.

"Dalam masa sama juga, saya tetap menjalani latihan kecergasan untuk memastikan tahap kecergasan fizikal tidak terjejas apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung kembali September nanti," katanya di sini, hari ini.

Mohd Shahrom berkata, usahanya melanjutkan pengajian di universiti berkenaan sebagai langkah meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran serta menambah pengetahuan untuk masa depan.

Menurut pemain yang baharu musim pertama bersama skuad Hobin Jang Hobin itu, dia yakin dapat menghadapi kedua-duanya iaitu bermain bola sepak sebagai kerjaya dan meneruskan pengajian di UNISEL dengan baik.

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,787
Reaction score
1,438
Points
206
fam.jpg

AGENDASUKANKINI

Liga bola sepak mungkin kembali lebih awal
Jun 3, 2020 10:15 pm

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Terdapat kemungkinan aktiviti profesional bola sepak termasuk Liga Malaysia (Liga-M) kembali lebih awal dari dijangkakan, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

Buat masa ini FAM sedang menyediakan dua kertas kerja melibatkan pendekatan latihan berdasarkan kuarantin untuk pasukan kebangsaan dan sesi latihan untuk kelab dalam Liga-M untuk dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu hadapan.

Dengan perkembangan terkini Covid-19 di dalam negara, Stuart tidak menolak kemungkinan kelab bola sepak boleh kembali berlatih seawal Julai sebelum liga bermula pada Ogos sekiranya angka kes positif Covid-19 terus menurun dalam masa terdekat.
“Ya jika anda melihat perangkaan kes, besar kemungkinan (liga disambung balik awal) tetapi kami akan tetap bersabar.

Bagaimanapun, sekiranya banyak sektor mula dibuka, angka (kes) mula menurun dan kami boleh melihat bola sepak dimainkan kembali tidak lama lagi.

Bagaimanapun, rancangan kami adalah liga kembali berlatih dalam Ogos dan bermain dalam September. Jadi, tarikh akhirnya begitu tetapi kalau lebih cepat lebih baik untuk semua orang, katanya kepada Bernama, hari ini.

FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (LFM) menggantung semua aktiviti bola sepak mereka sejak 16 Mac lepas berikutan pandemik Covid-19 selain daripada mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam Mesyuarat Khas Kementerian dalam Pelaksanaan PKP bulan lepas, permohonan MFL untuk menyambung semula pertandingan pada Ogos dan sesi latihan pasukan dalam Julai, tidak diluluskan.

Beberapa negara antaranya Korea Selatan, Itali dan Jerman yang mencatatkan jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi dari Malaysia sudah mula melonggarkan peraturan mengenai liga bola sepak profesional mereka.

Liga Korea Selatan, Liga-K adalah pertandingan liga bola sepak pertama disambung kembali diikuti Liga-V, Vietnam dan Bundesliga, Jerman bulan lepas sementara La Liga, Sepanyol dijadual disambung kembali pada 11 Jun ini sementara Liga Premier Inggeris dan Serie A Itali, masing-masing akan disambung kembali pada 17 dan 20 Jun ini.

-BERNAMA
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,079
Reaction score
11,345
Points
2,376
View attachment 244563

Liga M3
Liga Perdana
Liga Super
Ada harapan diteruskan tapi liga bawahan dan dibatalkan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register