⚽ HMuda U23 (AFC U23 26 Mac 845PM SSA) - FT HM [2][2] China

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Kaki Rembat Artwork


Daripada 26 pemain yg dipanggil, Syahmi Safari antara yg tidak diberi pelepasan oleh pasukan Selangor untuk menyertai Skuad B-22 Negara ke Kejuaraan AFF B-22 di Kemboja minggu depan. Khidmatnya ditagih skuad The Red Giants untuk aksi Liga Super
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Football Association of Malaysia (Official)


Harimau Malaya B-22 Mula Latihan Pusat Di MSN, Bukit Jalil

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menjalani sesi latihan pertama bagi persiapan menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Baca penuh di http://bit.ly/2SmrbZT

#FAM #HarimauMalaya #AFFU22
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Danish Haziq, Thivandaran Sertai Latihan Harimau Malaya B-22

Hari kedua latihan pusat skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee di Padang MSN, Bukit Jalil, petang tadi menyaksikan kehadiran dua pemain baharu - Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan) dan K Thivandaran (PJ City FC).

Kehadiran mereka menjadikan skuad Harimau Malaya B-22 kini disertai 23 pemain termasuk 5 pemain Kelantan - Nik Akif Syahiran Nik Mat, Danial Haqim Draman, Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Azli Nik Alias dan penjaga gol, Damien Lim yang turut sudah mula menjalani latihan selepas tiba lewat petang semalam serta penjaga gol Felda United, Azri Ab Ghani dan pertahanan Johor Darul Ta'zim II, Hariz Kamarudin.

Skuad Harimau Malaya B-22 akan terus berlatih di Bukit Jalil sehingga Khamis ini sebelum berlepas ke Phnom Penh pada Jumaat (15 Februari) bagi menghadapi saingan Kumpulan B bertemu Kemboja (18 Februari), Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari).

#FAM #HarimauMalaya #AFFU22
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Tak simpati Kim Swee


KUALA LUMPUR: Bagaikan meminta sedekah apabila hasrat (B-22) Datuk Ong Kim Swee memanggil beberapa pemain bagi menyertai kem latihan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja tidak dilayan pengendali kelab.

Malah Kim Swee turut menempelak pengendali Terengganu FC ll (TFC II) kerana enggan melayan permintaan, selain tidak memberikan sebarang maklum balas untuk melepaskan seorang pemain mereka demi menguatkan lagi skuad B-22.

Katanya, daripada tiga pemain baharu yang dipanggil, dua daripada mereka iaitu masing-masing pemain Negeri Sembilan, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham dan PJ City K Thivendran hadir ke kem latihan semalam.

“Saya tidak melenting atau marah apabila pengurusan kelab tidak mahu melepaskan pemain masing-masing mewakili skuad kebangsaan kerana ada alternatif lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Namun, janganlah sampai panggilan dan pesanan ringkas yang dihantar tidak dilayan langsung atau tidak memberikan maklum balas berkaitan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), di Bukit Jalil.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan lima pemain tidak dilepaskan pengurusan kelab masing-masing bagi menjalani sesi latihan pertama skuad B-22 sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja, Ahad ini.

Lima pemain yang tidak dilepaskan itu adalah Syahmi Safari dari Selangor, Danial Amier Norhisham dan Zahril Azri Zabri dari FELDA United, Fadzrul Danel Nizam dari Kedah serta Faizal Halim dari Pahang.

Selain itu, Kim Swee berkata, Muhammad Danish Haziq dan Thivendran akan menguatkan lagi barisan skuad B-22 seterusnya diharap mampu menggalas cabaran terutama di bahagian tengah pasukan.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa pemain lagi untuk mengisi kekosongan namun bergantung kepada keadaan pasukan,” katanya.

Sementara itu, Thivendran berkata, pengurusan PJ City tiada masalah melepaskannya mewakili pasukan kebangsaan, malah turut memberi sokongan dalam mengharungi kejohanan terbabit.

“Pengurusan tiada masalah melepaskan saya malah menyokong seterusnya mahu saya berikan terbaik untuk pasukan B-22,” katanya


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/422084/tak-simpati-kim-swee
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Tolong bagi sokongan buat skuad negara - Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan Bawah 22 tahun (B-22) perlu dizahirkan pengendali pasukan termasuk ‘berlapang dada’ melepaskan pemain untuk menabur bakti demi negara.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, hakikatnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak berhak campur tangan berkaitan persatuan bola sepak.

Namun, pihaknya memandang serius perkara itu dan berusaha memberi bantuan sewajarnya mengikut saluran sedia ada tanpa ada elemen paksaan.

“Kita jangan lupa, khususnya pasukan Malaysia yang menjadi fokus utama dan sepatutnya diberikan bantuan khususnya apabila nama negara juga yang diangkat dan dimartabatkan.

“Saya berharap bahawa pengendali kelab khususnya akan beri sokongan yang padu kepada (Datuk) Ong Kim Swee,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Arena Metro semalam, bahawa Kim Swee selaku ketua jurulatih B-22, seperti meminta sedekah apabila hasratnya memanggil beberapa pemain bagi menyertai kem latihan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja tidak dilayan segelintir pasukan.

Menurut Syed Saddiq, isu halangan mendapatkan pemain pelatih untuk skuad kebangsaan berlaku hampir setiap tahun sepatutnya dielakkan melalui kerjasama antara pihak terbabit.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/02/422583/tolong-bagi-sokongan-buat-skuad-negara
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
FA Malaysia


Hari Ke-4 Latihan Pusat Harimau Malaya B-22

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee meneruskan latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, semalam menjelang Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Lagi foto di http://bit.ly/2DB1jPI

#FAM #HarimauMalaya #AFFU22
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
FA Malaysia


Skuad 23 Pemain Malaysia Ke Kejuaraan B-22 AFF 2019

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih Datuk Ong Kim Swee untuk ke Phnom Penh, Kemboja, pagi esok bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya B-22 pada saingan Kumpulan B yang akan bermula Isnin ini.

#FAM #HarimauMalaya #AFFU22
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,760
Reaction score
8,476
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
FA Malaysia






Perlawanan Persahabatan | Khamis, 14 Februari 2019

Masa Penuh

MALAYSIA B-22 2-1 NPNG FC
Jafri Firdaus Chew 50' Kogileswaraj Raj 87'-P; Fauzi Abdul Kadar 48'

#FAM #HarimauMalaya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register