⚽ ACL 2020 - JDT Wakili Malaysia, Kedah Semakin Hampir Temani JDT

CG Sponsors




tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,879
Reaction score
8,262
Points
716
ESOK

PLAY OFF AFC CHAMPIONS LEAGUE

FC Seoul vs FC Kedah
6ptg waktu Kodiang
Stadium World Cup Seoul
LIVE on Fox Sports
oo..ceq dok titi qebau....tak jauh la dgn kokdiang.....kiki
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376
oo..ceq dok titi qebau....tak jauh la dgn kokdiang.....kiki
dan2 waktu kokdiang eh masta :ROFLMAO:
jgn lupa tu game ptg ni masta
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

PEMAIN Kedah, Kipre Tchetche (kiri) dan Muhammad Hadin Azman meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketika menentang Tai Po FC di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA

Helang Merah tagih penyudah tajam Tchetche


KUALA LUMPUR: Selepas meledak hatrik ketika membantu Kedah membelasah Tai Po FC 5-1, sentuhan berbisa Kipre Tchetche sekali lagi ditagih Helang Merah untuk berdepan kelab Korea Selatan, FC Seoul dalam aksi playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL), hari ini.

Perkara itu disuarakan kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang menyifatkan kehadiran bekas penyerang import Terengganu itu berjaya memperkuatkan lagi jentera serangan Helang Merah musim ini.

Mengakui tugas berat berdepan FC Seoul, Baddrol bagaimanapun menuntut kerjasama daripada semua pemain untuk memperagakan aksi cemerlang dan tidak hanya meletakkan bebanan kepada Tchetche.

"Tchetche pemain hebat yang memiliki kemahiran individu yang baik. Kami tahu dia mempunyai penyudah yang berbisa," katanya seperti dilaporkan lama web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.

"Saya berharap dia dan semua pemain dapat mengekalkan persembahan terbaik untuk perlawanan seterusnya (menentang FC Seoul). Mereka (FC Seoul) pasukan yang bagus dan memiliki pengalaman di ACL.

"Mereka mempunyai kualiti yang baik di atas padang, jadi kami perlu menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman berharga daripada mereka."

Apa yang membimbangkan kem Kedah ketika ini adalah mengenai keadaan Kpah Sherman yang dilaporkan hanya akan tiba di Korea Selatan, malam tadi selepas tidak dapat berlepas lebih awal bersama pasukan kerana masalah visa.

Selain itu, Baddrol menyifatkan status 'underdog' atau bukan pasukan pilihan dapat memberikan kelebihan kepada mereka untuk berdepan juara enam kali K League 1 itu.

"Banyak pihak menganggap kami sebagai underdog, jadi saya harap tanpa harapan tinggi yang diletakkan ke atas pasukan, kami dapat mempamerkan aksi positif yang mampu mengatasi FC Seoul," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376
PLAY OFF AFC CHAMPIONS LEAGUE

FT: FC SEOUL 4-1 KEDAH

Kedah tak layak ke peringkat kumpulan ACL.

#ACL2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376
*⚽AFC Champions League 2020🏆*
*⚽Fulltime Results🏆*

*Play-Off Round (East)*

🇰🇷Seoul FC 4
'39(p) p. chu yong
'49 p. dong jin
'63 o. barba
'90+2 i. alibaev
🇲🇾Kedah FA 1
'52(og) o. barba

🇨🇳Shanghai SIPG 3
'77 l. shenglong
'90+1 m. arnautović
'90+3(p) hulk
🇹🇭Buriram United 0

🇯🇵FC Tokyo 2
'48 s. muroya
'89 adaílton
🇵🇭Ceres Negros 0

🇯🇵Kashima Antlers 0
🇦🇺Melbourne Victory 1
'54 a. nabbout
-------------------------------------
*Play-Off Round (West)*
*28 January 2020 (Tuesday)*

W3.1 : 🇦🇪Al-Ain FC vs Bunyodkor🇺🇿
10:40pm

W3.3 : 🇶🇦Al-Sailiya SC vs Shahr Khodro FC🇮🇷
11:10pm

W3.4 : 🇶🇦Al-Rayyan vs Esteghlal Tehran🇮🇷
11:15pm

*29 January 2020 (Wednesday)*

W3.2 : 🇸🇦Al-Ahli FC vs FC Istiklol🇭🇺
01:30am
_____________________________________
*Group E*
🇨🇳Beijing Guoan
🇹🇭Chiangrai United
🇦🇺Melbourne Victory
🇰🇷Seoul FC

*Group F*
🇰🇷Ulsan Hyundai
🇨🇳Shanghai Shenhua
🇦🇺Perth Glory
🇯🇵FC Tokyo

*Group G*
🇯🇵Vissel Kobe
🇰🇷Suwon Bluewings
🇨🇳Guangzhou Evergrande
🇲🇾Johor Darul Ta'zim

*Group H*
🇦🇺Sydney FC
🇯🇵Yokohama Marinos
🇰🇷Jeonbuk Hyundai
🇨🇳Shanghai SIPG
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376


SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris. - Foto Amran Hamid

Segerakan 'post mortem' - Asmirul


ALOR SETAR: Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berharap satu 'post mortem' segera dibuat bagi merungkai segala persoalan membabitkan kekalahan 1-4 Kedah kepada FC Seoul pada aksi playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Seoul World Cup malam tadi.

Insiden 'tampanan' bola dengan tangan Renan Alves terus menjadi persoalan penyokong Kedah yang menyebabkan pemain itu dilayangkan kad kuning kedua dan kad merah pada babak pertama hingga Kedah beraksi dengan 10 pemain.

Menerusi laman sosial facebooknya, Asmirul yang berada di Seoul memaklumkan dihujani pelbagai persoalan mengenai insiden dan cara kekalahan Kedah yang dianggap sukar diterima penyokong skuad Lang Merah.

"Selepas perlawanan semalam, saya dihujani pelbagai 'whatsapp', sms dan sebagainya dari seluruh pelusuk daerah serta tempat penyokong Kedah.

"Saya berfikir untuk menjawab suatu persoalan yang menjadi 95 peratus 'troll' peminat serta penyokong Skuad Hijau Kuning namun bukan semudah itu untuk terus menjawab.

"Eloklah kita serahkan kepada jurulatih dan pihak yang terlibat untuk segera membuat 'post mortem'," katanya.

Disebalik cerita sukar Kedah di Seoul, Asmirul tetap menghargai segala pengorbanan, kesungguhan dan kesetiaan ditunjukkan semua pemain, pengurusan dan juga penyokong yang hadir ke Seoul.

“Bagaimanapun saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Ribuan Terima Kasih' yang tidak terhingga kepada penyokong Kedah yang sanggup bersusah payah datang ke Seoul untuk memberikan sokongan.

"Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada seluruh pemain, kejurulatihan serta pengurusan yang mencuba sedaya upaya melaksanakan usaha terbaik dalam misi ini.

"Juga tidak dilupakan kepada seluruh peminat tanahair yang mengikuti perkembangan terkini Skuad Hijau Kuning," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

Jadual AFC Champions League Berisiko Bertembung Dengan Jadual Piala Malaysia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register