⚽ ACL 2020 - JDT Wakili Malaysia, Kedah Semakin Hampir Temani JDT

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

PASUKAN Kedah menang dengan jaringan 5-1 selepas menewaskan kelab dari Hong Kong, Wofoo Tai Po pada kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA

Semangat Kedah membara selepas belasah Tai Po


ALOR SETAR: Kemenangan 5-1 Kedah ke atas Tai Po FC menyuntik semangat tambahan Helang Merah untuk berhadapan kelab Korea Selatan, FC Seoul pada aksi playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Korea Selatan, 28 Januari ini.

Pengendali skuad Helang Merah , Aidil Sharin Sahak berkata kesungguhan yang ditunjukkan setiap pemainnya pada aksi kelayakan menentang Tai Po FC di Stadium Darul Aman semalam menjadi kunci kejayaan buat pasukannya.

"Alhamdulillah, kita dapat apa yang kita mahukan, ini perlawanan pertama walaupun bukannya satu lawan yang mudah namun kita peroleh keputusan yang baik di hadapan penyokong kita yang memenuhi Stadium Darul Aman."

“Segala perancangan yang kita usahakan berjalan dengan lancar dan saya gembira dengan tahap kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan setiap pemain yang dirurunkan pada pada perlawanan ini."

“Walaupun kita tidak dapat menurunkan beberapa tonggak pada malam ini, namun apa yang direncanakan pada pramusim dan percubaan kombinasi antara pemain membuahkan hasil." katanya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang kelab ternama K- League iaitu FC Seoul pada 28 Januari ini, Aidil mengakui lawan dari Korea Selatan itu merupakan lawan yang sukar.

“Kita perlu terus fokus untuk perlawanan berikutnya, FC Seoul merupakan pasukan yang kuat dan kita perlu mengakui kekuatan mereka."

“Malah kita juga perlu berdepan perjalanan yang jauh dengan cuaca yang sejuk serta mencabar di sana dan selepas saya menyemak tadi suhu mencecah 2 darjah celsius."

"Kita akan terus bekerja keras bagi mendapatkan keputusan yang terbaik kerana tiada jalan mudah untuk aksi di ACL ini, jadi saya mahu pemain menikmati kemenangan ini dan kemudian fokus semula untuk aksi di Korea nanti." katanya.

Sementara itu, penjaring hatrik dan pemain terbaik perlawanan, Kipre Tchetche, berkata gol awal yang dihasilkannya menjadi penyuntik semangat untuk Kedah melakar kemenangan.

“Kita melakukan persiapan lebih sebulan bagi mendapatkan keserasian berikutan ramai pemain baru dalam pasukan pada musim ini dan ternyata kita berjaya membentuk persefahaman dan memperoleh kemenangan pada malam ini,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376


AFC Statement!

#ACL2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

Jadual perlawanan pusingan play-off kelayakan AFC Champions League 2020 zon asia timur yang akan bermula pada minggu depan.

#ACL2020
#VocketFC
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376
ESOK

PLAY OFF AFC CHAMPIONS LEAGUE

FC Seoul vs FC Kedah
6ptg waktu Kodiang
Stadium World Cup Seoul
LIVE on Fox Sports
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

🏆 Playoff AFC Champions League 2020

⚽ FC Seoul vs Kedah
📆 Selasa, 28 Januari
⏰ 6 petang (waktu 🇲🇾)
🏟 Seoul World Cup Stadium
📺 Fox Sports 2 (816/836)

Selamat maju jaya diucapkan buat skuad Hijau Kuning! 🔰

#ACL2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

Kpah Sherman Legakan Kem Kedah
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,879
Reaction score
8,262
Points
716

🏆 Playoff AFC Champions League 2020

⚽ FC Seoul vs Kedah
📆 Selasa, 28 Januari
⏰ 6 petang (waktu 🇲🇾)
🏟 Seoul World Cup Stadium
📺 Fox Sports 2 (816/836)

Selamat maju jaya diucapkan buat skuad Hijau Kuning! 🔰

#ACL2020
wow..jam berapa ni masta?

koi 6 petang ..hihi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register