⚽ ACL 2020 - JDT Wakili Malaysia, Kedah Semakin Hampir Temani JDT

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376


Bakal Juara 2020?
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376
Vissel Kobe ada Iniesta.
Guangzhou Evergrande ada Paulinho.
Suwon samsung Bluewings ada ramai pemain kebangsaan Korea

Mereka bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim utk persaingan di ACL pada tahun ini
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376


Info Tiket Perlawanan Kelayakan Pusingan Kedua Liga Juara-Juara AFC 2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376
Pusingan kedua Kelayakan AFC Champions League 2020

Selasa, 21 Januari 2020

🇲🇾Kedah FA vs 🇭🇰Wofoo Tai Po
🇹🇭Buriram Utd vs 🇻🇳Ho Chi Minh City FC
🇹🇭Port FC vs 🇵🇭Ceres Negros
🇦🇺Melbourne Victory vs 🇮🇩Bali United
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,513
Reaction score
251
Points
96
sedap tengok game 21hb ni nanti. Semoga kedah menang .
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

Kedah lancar jersi ketiga bercorak kotak


ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) secara rasmi melancarkan kit jersi ketiga skuad Helang Merah bagi saingan Kelayakan Pusingan Kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi KFA, hari ini secara digital pada jam 12 tengahari tadi dengan menampilkan corak unik berpetak dan turut tertera Chenang Bay di bahagian hadapan yang difahamkan selaku penaja utama.

"Kit jersi bercorak kotak dengan warna asas putih di bahagian dasar serta disulam dengan corak berwarna hijau, kuning dan merah yang menjadi warna asas bagi logo KFA.

"Bagi mengikuti syarat yang ditetapkan Konfeferasi Bolasepak Asia (AFC), hanya penaja utama sahaja dibenarkan dicetak di atas jersi selain jenama pakaian sukan Lotto.

"Manakala jersi untuk laman sendiri atau 'Home' dan tempat lawan 'away' akan dilancarkan sebelum bermulanya Liga Malaysia 2020," menurut kenyataan KFA itu.

Di samping pengumuman jersi baharu ini, KFA juga memaklumkan program yang akan diadakan bersama penaja khas untuk peminat Helang Merah sempena perlawanan kelayakan ACL menentang kelab Hong Kong, Taipo FC.

"Kit untuk jersi ketiga atau AFC ini akan mula dijual di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) Alor Setar, di mana penaja iaitu Lotto akan turut mengadakan aktiviti bersama peminat bermula 19 Januari ini.




 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,453
Reaction score
11,436
Points
2,376

Penjaga gol Pasukan Kedah Mohd Ifwat Akmal diasak oleh pemain kelab dari Hong Kong, Wofoo Tai Po, Yuto Nakamura (kanan) pada kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Darul Aman di sini malam ini.
 Kedah mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa perlawanan. - Foto BERNAMA

Kedah baham Tai Po FC


ALOR SETAR: Kedah memulakan langkah positif di pentas Asia apabila menewaskan kelab Hong Kong, Tai Po FC 5-1 pada pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kemenangan itu menyuntik semangat skuad Lang Merah yang beraksi buat kali pertama di hadapan hampir 20,000 penyokong di laman sendiri bagi melihat aksi pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak.

Kedah tidak menunggu lama dengan mencetak gol pertama pada minit ketiga menerusi sentuhan penyudah Kipre Tchetche yang menerima hantaran Kpah Sherman.

Tchetche menceriakan stadium apabila menambah gol kedua pada minit ke-21 menerusi peluang yang terhidang selepas Rizal Ghazali melakukan hantaran lintang yang ditepis kurang kemas penjaga gol lawan, Ho Yui.

Sun Ming Him kemudiannya dilayangkan kad merah pada minit ke-33 apabila menarik baju Tchetche.

Seminit selepas bermula babak kedua, giliran Hadin Azman menggamatkan Stadium Darul Aman dengan gol ketiga menerusi rembatan kencang dari bahagian kanan gawang Tai Po hasil kombinasi digerakkan Tchetche dan Sherman.

Hadin menambah gol keempat Kedah pada minit ke-65 selepas bola gagal dikawal barisan pertahanan lawan.

Wakil Hong Kong itu yang diibaratkan patah sayap melakukan kejutan dua minit kemudian apabila menjaringkan gol pertama menerusi pemain tengah, Chan Man Fai.

Penghujung perlawanan, Tchetche melengkapkan malam gemilang Kedah dengan gol kelima hasil hantaran silang Baddrol Bakhtiar.

Kemenangan ini melayakkan skuad Lang Merah beraksi di Korea Selatan menentang FC Seoul pada 28 Januari ini.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register