BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral “Tolonglah dia” – Buat Keputusan Murtad Dalam Live, Netizen Luah Rasa Bimbang Terhadap Lelaki Ini

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,650
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,650
Reaction score
6,827
Points
881
Awards
1
“Tolonglah dia” – Buat Keputusan Murtad Dalam Live, Netizen Luah Rasa Bimbang Terhadap Lelaki Ini

by Syaida Ismail 10 days ago
new murtad dalam live
Murtad bermaksud meninggalkan atau keluar dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih ke agama lain atau memilih untuk kekal tanpa agama yang mana dikenali sebagai ‘atheis’.

Dalam Islam, perkara seperti murtad ini tidak boleh dibuat main kerana ia adalah satu jenayah yang berat.

Artikel berkaitan: “Sesama islam membuli” – The Family UK Terkilan Kena Label Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Di Hari Raya



Lelaki luah murtad dalam live

Namun baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dalam satu sesi live di TikTok meluahkan hasrat untuk keluar dari agama Islam.

Menurutnya, dia sudah terlalu tertekan dengan kehidupan menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Aku nak keluar daripada Islam. Aku bukan Islam dah. Aku tak ada agama.

“Daripada kecil sampai besar tau, Allah uji aku. Itu bukan uji tau. Aku daripada kecil sampai besar hidup aku macam ni.

“Aku selalu senyum sebab nak sedapkan hati korang je. Sebab nak happy kan korang,” katanya dalam live tersebut.

Lelaki tersebut dalam nada kecewa juga meluahkan yang dia terpaksa berjalan kaki seorang diri dari rumahnya dengan jarak yang agak jauh kerana tiada kawan yang mahu membantunya.

Jangan risau kalau aku nak meninggal ke apa ke, ke neraka ke aku tak kisah,” luahnya sambil mengatakan tidak ramai yang memahami keadaannya sekarang.

Di ruang komen, rata-rata netizen meminta lelaki tersebut untuk bertenang dan bersabar dengan dugaan yang menimpa serta tidak bertindak melampaui batasan.

Video yang juga tular di X tersebut mendapat komen daripada netizen yang bersimpati dengan dugaan yang menimpa lelaki ini dan meminta agar netizen tidak melemparkan kecaman terhadap lelaki tersebut, sebaliknya cuba membantunya.

kecam

Namun menerusi ruang komen ada juga yang mengatakan sebenarnya lelaki tersebut meluahkan kata-kata itu ketika dia sedang mabuk. Aik macam mana ni?

mabuks pulak

Apa-apapun sebaiknya rujuklah perkara ini kepada pihak yang lebih arif. Risau bila ada orang buat main pasal agama ni. Semoga kita sentiasa diteguhkan iman terhadap-Nya.

Sumber: X
 
Sponsored Post

Iman kena kuat. Jangan kerana kita ditimpa ujian kita nak murtad "Kenapa la asyik aku susah". "Dah buat baik pon orang tak bantu aku balik". Hai. Saya ni iman takdelah warak berkopiah gi masjid bagai tapi takde la sampai nak murtad. Solat tu alhamdulillah cukup, kalau tertinggal cepat cepat lah ganti qadak balik. Saya dari kecik gi skolah rendah sampai menengah tu jalan kaki pergi balik elok je jadi orang. Ibu suri umah. Ayah keje asyik outstation so siapa la saya nk complain. Adik bradik dua orang. Kadang kadang ayah sy free dia amik. Kadang kadang abang sy hantar blik naik basikal. Abang saya dgn sy jarak umur 2 tahun je. kadang kadang dia tak hantar sy selalu je pergi-balik sorang.

Pagi skolah agama. Balik makan tengahari. Pukul 1 lebih gerak gi skolah agama pulak . kadang kadang ayah hantar, kadang jalan kaki jugak. Jarak rumah ke sekolah pagi - 2.3 km
Jarak rumah ke sekolah petang - 1 km lebih

hari hari macam ni. Kalau budak sekarang jalan macam ni lembik, mula la penat la nak ponteng lah.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register