“Saya tak gembira dengar lagu dia, orang puji di depan tapi mengata di belakang” - Baby Shima kata ramai jadi pengampu Aliff Syukri

Recommended Brokers


my360cam

Active Member
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,113
Reaction score
44
Points
30
KOMEN yang ditinggalkan Baby Shima yang seakan mengkritik vokal Datuk Seri Aliff Syukri membuatkan usahawan kosmetik itu mempersoalkan semula kredibiliti suara penyanyi itu.

Menurut Shima, 27, dia sekadar memberi pandangan secara jujur kerana beranggapan Aliff dikelilingi 'pengampu' yang hanya tahu memuji tetapi mengutuk di belakang.



"Saya hanya ingin komen secara jujur saja. Sememangnya saya rasa tak gembira apabila mendengar lagu dia. Bagi saya, lagu dan muzik sudah bagus tetapi macam ada yang tidak kena.

"Kalau dilihat orang industri pun tak pernah nak tegur kelemahan Datuk Aliff, yang ada pun puji tapi belakang mengata.



Aliff beranggapan komen Shima di Instagramnya itu seakan mengkritik vokalnya.

"Mungkin di sekitar Datuk Aliff ini dikelilingi 'pengampu' yang suka membodek saja," kata Shima ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Menerusi komen di Instagram tersebut, Shima memberitahu dia menyukai lagu duet terbaharu Aliff bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul Cowok Baru namun berasakan vokal pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris itu tidak sesuai dengan lagu tersebut.

Biarpun Aliff mempertikaikan semula vokal Shima namun rata-rata netizen lebih memihak kepada penyanyi yang kini bertapak di Indonesia itu.

Kebanyakan netizen bersetuju mengatakan sekurang-kurangnya suara penyanyi lagu Roadbloack Hatiku itu lebih bagus berbanding Aliff.



Antara netizen yang memihak kepada Shima.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Big Stage ini memberitahu seseorang perlu memberi penilaian yang jujur supaya Aliff dapat memperbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, Shima tidak kisah sekiranya penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu tidak dapat menerima tegurannya.

"Kena ada orang yang jujur nilai karya dia. Jadi, saya pun cuma nak bagi penilaian saja dan bukan saya kutuk pun. Baca semula ayat saya tu, tidak ada kutuk pun.

"Sebenarnya selama ini juga saya tak pernah komen di Instagram Aliff, cuma kali ini saya kena komen sebab sayang lagu-lagu dia semua bagus tambahan pula dia buat di Indonesia dan lagu dangdut pula tu.

"Tapi tak apa la kalau dia tak dapat terima pendapat saya. Bagi saya, orang nak berkawan, kita berkawan tapi kalau orang nak bermusuh, kita buat bodoh saja," ujarnya.
 
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141
Marketing free..

Spatutnya artis2 lain buat tak tahu jah .. .
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,561
Reaction score
912
Points
161
Alif Syukri ni tak boleh kena kritik sebab otak dia merasakan dia saja yg betul...kemahiran Alif berniaga....Syima menyanyi...so Syima komen betul lah...kalau dia komen pasal bisnes Aliff...memang cari nahas....Aliff ni wire short....dalam otak dia...even mak dan bini dia pun tak boleh nak control kelakuan dia...mak dia yg dok kat Mekah buat haji upload status marah Aliff dok layan pondan..Sajat dgn Lucinta ni....tapi Aliff ni jenis mana boleh ditegur...SEPATUTNYA ARTIS ATAU PUBLIC.... buat tak tahu je...buat tak nampak je apa dia buat..dia nyanyi ke ...jadi badut ke...jadi katak ke ..jgn komen....dia HAUSKAN LIKE dan KOMEN...pasti JIWA dia resah...gelisah kalau org takde LIKE atau KOMEN....silap silap boleh masuk wad sebab kemurungan..dan nak ajar dia dgn cara ni je sebab dia selalu dok promote pondan...TAPI BIASALAH MASYARAKAT KITA KEBANYAKAN SEMBANG SAJA...mcm Syima cakap..ramai kaki BODEK dan AMPU Aliff ni...hahahah
 

apoeki

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
4,721
Reaction score
132
Points
33
nthla..aku tgk si alif nie pn mcm ada masalah. cuba tgk channel dia kt u tube, terlalu menunjuk kemewahan dia
 

alkeysah

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2012
Messages
411
Reaction score
22
Points
15
sebenarnya Aliff ni smart.

tapi ramai x perasan.

bila dia post benda baik2, netizen tak amik kisah. post tak viral.

tapi bila dia post benda yg pelik, kontroversi, riak semua, likes dan share akan mencanak2.

tak caya korang selak balik post2 lama dia, buat r&d.

sbb tu sekarang ni dia sentiasa cari topik macam cari gaduh, kontroversi semata2 utk tujuan itu.

dia pegang mazhab bad marketing is good marketing.

itu lah realiti sebenar masyarakat kita.
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141
sebenarnya Aliff ni smart.

tapi ramai x perasan.

bila dia post benda baik2, netizen tak amik kisah. post tak viral.

tapi bila dia post benda yg pelik, kontroversi, riak semua, likes dan share akan mencanak2.

tak caya korang selak balik post2 lama dia, buat r&d.

sbb tu sekarang ni dia sentiasa cari topik macam cari gaduh, kontroversi semata2 utk tujuan itu.

dia pegang mazhab bad marketing is good marketing.

itu lah realiti sebenar masyarakat kita.

haha....ko pun duk research dia jgk ke....

aku sendiri pun duk research Aliff Syukri jgk....

aku perhati mcm mana dia boleh jadi kaya-raya..

dia ada ilmu dia sebenarnya....
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141
jenis kalau tuhan tarik balik rezeki, mau gila dia ni
betul bossku....biasanya org yg jenis cari rezeki dgn cara buat org benci ni mmg takkan tahan lama...

sbb aku sendiri pun pernah buat....buat channel youtube...aku upload video2 viral yg org akan kecam....masyuk...mmg masyuk.....tapi sekali Allah bagi ujian,, youtube aku kene banned, perghh,, mcm2 benda tak boleh bayar....seksa hidup sekejap....

kalau nk buat video, sebaiknya buatlah video yg bermanfaat....buat hiburan takpa, takda masalah hiburan...tapi biarlah ada manfaat pada org.....ini bukan setakat org islam yg ajar, tapi non-muslim sendiri yg ajar...yg pakar dlm Adsense...... buat lah video hiburan yg bermanfaat, takkan rugi, percayalah....

bagi aku,kalau aliff syukri buat video tolong org ke, itu lah yg sebaiknya....walaupun niat dia mungkin nak menunjuk, tapi at least, video TOLONG ORANG itu ada manfaat.....contohnya video dia pi jumpa org2 miskin ke...bagi sedekah...itu lebih baik..

hari tu aku nampak dia buat video tolong orang, ramai je org melayu kita puji,,,takda sorang pun kecam.....

tapi di akhirnya dia tetap pilih nk suruh org kecam....percayalah kalau berterusan mcm tu,akan drop suatu hari nanti..
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,363
Reaction score
301
Points
131
Baby shima ni tgk gambar kat Google cantik...tp kalau da buang make up Tu tak tau cmne
 
Sponsored Post
Top
Log in Register