BTC USD 19,298.2 Gold USD 1,809.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai “Macam ni barulah hantaran tinggi”

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,512
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,512
Reaction score
1,030
Points
206

Comot don’t care! Enam beradik perempuan dan ibu rancak bertukang buat rumah... bancuh simen, ikat bata semua boleh - “Macam ni barulah hantaran tinggi”​

553.jpg

Gelagat adik-adik perempuan Nurul Nasuha bergotong royong membantu bapa mereka bertukang mengundang perhatian netizen.


KERJA-KERJA bertukang atau pembinaan lazimnya sinonim dengan kaum lelaki.
Maklumlah, kerja dalam lapangan ini bukan sahaja memerlukan fizikal dan tenaga yang kuat, malah banyak bermain dengan bahan 'kotor' seperti simen, tanah atau pasir.

Namun menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, gelagat sekumpulan wanita yang rancak bertukang tanpa menghiraukan cuaca panas dan berpakaian comot, menarik perhatian ramai.

"Bagus pekerja-pekerja ayah ni. Patut la berebut orang nak masuk meminang," demikian tulis kapsyen pada perkongsian yang sehingga kini meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.

Malah jika dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita-wanita berkenaan yang tidak kekok membancuh simen, menolak kereta sorong dan bertukang.

"Macam ni baru boleh bagi hantaran tinggi. Harga tapak hantaran RM50,000," demikian antara komen yang ditulis netizen.
Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Nasuha Wira berkata gadis dan wanita di dalam video berkenaan adalah adik-adik perempuannya yang sedang menolong bapa menyiapkan sambungan rumah mereka di Kampung Kelulut, Marang, Terengganu.

1248797.jpg


Adik beradik Nurul Nasuha bergotong royong membantu bapa mereka membuat sambungan rumah.

"Kami seramai enam beradik perempuan memang daripada kecil dah rajin tolong ayah buat rumah. Ayah ni dari dulu buat sendiri je termasuk rumah yang kami duduki sekarang... jarang sangat upah orang.

"Kiranya dari kecil lagi, kami semua dah bergotong-royong dan diberi pendedahan. Ketika ini ayah nak sambung sikit rumah, kebetulan pula semua adik saya ada dekat kampung sebab masing-masing terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian (online).

"Jadi kami semua termasuk emak bergotong royong... ada yang bancuh simen, ikat bata, tolak tanah dan macam-macam lagi. Hanya abang sulung saja tiada sebab bekerja ketika itu," ujar anak kedua daripada lapan adik beradik ini.

1248795.jpg


Nurul Nasuha (kanan) bersama tujuh adik beradiknya.
Menurut wanita berusia 28 tahun ini, bapanya pernah menghantarnya dan seorang lagi adik perempuan untuk mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
"Kiranya ada la serba sedikit ilmu dalam bidang pembinaan ini. Lagi pula sekarang ni susah sikit nak upah tukang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Tambah Nurul Nasuha, jantina bukanlah halangan untuk seseorang wanita melakukan kerja-kerja yang biasa dipelopori lelaki asalkan mempunyai pengetahuan dan mementingkan keselamatan.

Ada yang offer jadi menantu ayahlah, ada yang nak 'booking' adik-adik lah... macam-macam. Adik-adik saya gelak-gelak saja baca.​

NURUL NASUHA​

"Kalau bab bancuh simen, ikat bata, gerudi, pasang siling tu memang kami buat gotong rotong dengan panduan daripada ayah. Bila gotong royong memang enjoy. Adik-adik saya semua minat dan rajin nak menolong. Kami biasa buat waktu hujung minggu atau masa adik tak ada kelas.

"Ramai sebenarnya wanita dekat luar sana yang berkebolehan buat macam ni.... bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi mungkin video saya ni kebetulan pula viral," ujarnya.

1248796.jpg


Keluarga besar Nurul Nasuha.
Hanya suka-suka berkongsi di aplikasi TikTok, Nurul Nasuha berkata dia terharu apabila menerima komen positif daripada netizen.
"Macam-macam komen netizen. Ada yang offer jadi menantu ayahlah, ada yang nak 'booking' adik-adik lah... macam-macam. Adik-adik saya gelak-gelak saja baca," katanya lagi.

https://www.mstar.com.my/lokal/vira...emua-boleh---macam-ni-barulah-hantaran-tinggi
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,644
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,644
Reaction score
22,273
Points
1,831
Awards
1
Sampai masa kosong rumah anak2 kena amik menantu
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
108,823
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
108,823
Reaction score
17,478
Points
2,566
Awards
1
wahh power power, boleh buat rumah sendiri la at least
bagusnya diorang ni
 

simplest_box

Super Active Member
Messages
5,375
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Dlm grup whatsapp kejiranan aku sekejap2 org tanya plumber lah, kontraktor lah, siling bocor lah.

Kalau ada bini mcm ni semua settle sendiri
 

tr4falgar

Super Active Member
gem
Messages
9,360
Joined
Oct 14, 2012
Messages
9,360
Reaction score
1,021
Points
156
pak, berkenan hok baju maroon tu.. tp bleh tgk je la :D
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,804
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
21,804
Reaction score
3,941
Points
261
Awards
1
Dlm grup whatsapp kejiranan aku sekejap2 org tanya plumber lah, kontraktor lah, siling bocor lah.

Kalau ada bini mcm ni semua settle sendiri
Takut ang buat hal ngn ang2 sekali settle nanti hahaha
 

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
17,028
Joined
Oct 27, 2008
Messages
17,028
Reaction score
1,137
Points
201
ambik gambo dgn kete tolak,penyodok je... viral... ok paham...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register