BTC USD 51,712.7 Gold USD 1,783.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

“Kita akan susahkan kehidupan anti-vaksin” – KJ

Sponsored Post

SMI6

Active+ Member
Messages
3,550
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,550
Reaction score
840
Points
86
cengkih.jpg



geng palatao:ROFLMAO:
 

FAC

Fun Poster
Messages
508
Joined
Nov 27, 2010
Messages
508
Reaction score
21
Points
25
Hamzah.jpg


udah2 la tu, pak menteri gelak je tengok korang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
ni berlaku kat NZ


#Wellington Perubahan itu bermakna penduduk New Zealand tidak lagi dikenakan perintah duduk di rumah dan penutupan perniagaan.
https://www.hmetro.com.my/.../nz-sasar-90-peratus...

NZ sasar 90 peratus penduduk divaksin untuk kembali bebas​


1634899461527.png


Wellington: New Zealand menetapkan sasaran 90 peratus penduduknya divaksin sebelum menamatkan sekatan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelan pembukaan semula negara itu walaupun berdepan varian Delta.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, matlamatnya beralih daripada menghapuskan Covid-19 kepada meminimumkan penularan dalam komuniti dengan meningkatkan program vaksinasi.

Katanya, perubahan itu bermakna penduduk New Zealand tidak lagi dikenakan perintah duduk di rumah dan penutupan perniagaan dengan syarat mereka lengkap divaksin.

"Kita tidak boleh mengarahkan individu yang diberi vaksin untuk tinggal di rumah selama-lamanya," katanya kepada wartawan.




Kira-kira 86 peratus warga New Zealand yang layak sudah menerima dos pertama vaksin, manakala 68 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Ardern mendapat pujian meluas atas tindak balas awal terhadap Covid-19, membabitkan sekatan pergerakan, pengesanan kontak dan sekatan sempadan yang ketat.

Dasar 'Covid Zero' menyaksikan hanya 28 kematian daripada lima juta populasi negara itu dan kehidupan masyarakat tempatan hampir normal untuk jangka masa yang panjang.

Namun, Ardern berkata, langkah itu tidak lagi dapat dilaksanakan dengan kemunculan varian Delta yang sangat mudah tersebar yang mula dikesan di Auckland pada Ogos lalu.

Menurutnya, penularan varian itu kini berada dalam komuniti dan sukar untuk ditangani walaupun mengguna pakai pendekatan kesihatan awam dan sekatan yang ketat.

Ardern berkata, dasar baharu itu akan memberi harapan kepada hampir dua juta penduduk Auckland yang dikenakan sekatan pergerakan selama sembilan minggu.

"Sekiranya anda mahu musim panas, jika anda ingin pergi ke bar dan restoran, dapatkan vaksin.

"Sekiranya anda diberi vaksin, anda akan dapat menikmati perkara yang anda sukai dengan aman," katanya.
Disiarkan pada: Oktober 22, 2021 @ 5:29pm

nz-sasar-90-peratus-penduduk-divaksin-untuk-kembali-bebas
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register