BTC USD 54,691.3 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

“Kita akan susahkan kehidupan anti-vaksin” – KJ

lats840

Active+ Member
Messages
3,203
Joined
Mar 15, 2009
Messages
3,203
Reaction score
922
Points
81
Ya tu, kerajaan dah 'susahkan' perokok-perokok lama dah... tak leh rokok pelbagai tempat, naik harga la... paling teruk tak leh rokok kat kedai makan ngan RnR, geng perokok redha ja tak koyak... geng takmau vaksin pun ikut ja la... lau xmau vaksin dah tak yah bunyi2 dah... layan sendiri, ikut rules kerajaan... selagi tak koyak, redha... lau dah koyak pi declare nak cucuk... haha... rokok pun bukan kerajaan paksa pun... tapi perokok masuk kkm still ada subsidi la... geng antivak belum tentu la kot nanti kena bayar penuh nak guna kemudahan kerajaan... sebab perokok bayar duty/insurans kat kerajaan. :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Geng rokok lain...
Hati kental... Tak nganjing....
Tak isap rokok tak rugged la...
Tak macho la....
Hehhehehe....

Sndiri isap, sndiri tanggung...
Isap rokok bnyk kawan....
Hahhahaa....
 
Sponsored Post

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
3,794
Joined
Jul 20, 2013
Messages
3,794
Reaction score
417
Points
41
Aku baru nak reply tadi. Memang setakat ni aku tengok masa aku pergi solat Jumaat tak ada pulak dia tanya dah vaksin ke belum. Dia cuma suruh kita scan mysejahtera atau tulis je serta scan suhu sebelum masuk masjid.

Yup, setuju.

Ala mcm bab roadblock masa pkp jgk. Memula dulu sikit punya detail la depa punya check, pstu makin lama dh kurang detail checknya, lama sket pstu main angkat tgn ja dr dlm kete, last2 hari tu tinggai payung ja kt tgh jln. Sama jgk bab dine in. Memula akan jd cmtu. Lama2 bila smua dh reda? Dlm mall restoren maybe brterusan sebab kluar msuk pn 1 pintu tp klau gerai tepi jln yg tmpt mkn open kt luar? Lainla depa bole buat checkpoint mcm kt dlm airport sblm nk naik flight. Berurusan dgn manusia ni bknnya komputer.

Aku cerita ni smua bknnya soh hgpa yg tk vax ni buat benda salah. Tp aku nk soh chill ja la. Rilex2 sudah. Lgpn bagus jgk pa gomen kurung hat tk vax ni jgn dine in, jgn rentas jln jauh sebab bdn individu yg tk vax ni pn tk tentu lg kuat. Klau ada yg mmg imun rendah kena covid tk ke lg teruk? Secara tk lgsg gomen lindung geng2 tk vax jgk. So think positif je la.

Bab kena byr msuk hospital ke apa toksah la riso. Klau btl gomen nk buat hat isap rokok tu dh lama kena. 2 benda tanggungjwb wajib pemerintah. Pendidikan & perubatan. Jd toksah riso bab kena bayaq p hospital awam atau bab anak2 tk vax tkleh p sek. So toksah overthinking sgt. Media tulis itu ini ka itu dh mmg keja depa nk cari bahan pelaris. Klau geng unvax akai tinggi sgt bole fkr mcm2 smpai ketahap gaban, fkr la sama dlm bab ni ke tahap gaban jgk.

Input baik/btl kita terima, yg tk baik/tk btl kita rejek. Apa susah?
 

findemas

Active+ Member
Messages
3,895
Paid Membership
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,895
Reaction score
291
Points
51
Geng rokok lain...
Hati kental... Tak nganjing....
Tak isap rokok tak rugged la...
Tak macho la....
Hehhehehe....

Sndiri isap, sndiri tanggung...
Isap rokok bnyk kawan....
Hahhahaa....
AKu macam mau setuju je dengan statement "Hisap rokok banyak" ni. Sebab dulu-dulu time aku muda2 hisap rokok memang banyak kawan sebab orang tak kenal pun boleh sembang sambil hisap rokok kat tempat boleh merokok. Satu lagi geng merokok ni memang jenis akan melepak. Bila aku dah berhenti merokok ni kawan semua terus hilang sebab orang tak merokok ni tak berapa suka melepak dan lebih kepada mung-mung aku-aku.
 

pemain

Active+ Member
Messages
2,672
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,672
Reaction score
411
Points
51
Abu jahal pun berdoa kpd Allah bila berhadapan dgn tentera Islam
Betul lah tu sbb hanya Allah SWT tempat bergantung semua sekian makhluk.
Cuma abu jahal tidak beriman sahaja.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,061
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,061
Reaction score
2,945
Points
201
Antivaksin: "Saya harus tegas, tak kiralah panggil saya dajal atau apa" - Khairy

Antivaksin: "Saya harus tegas, tak kiralah panggil saya dajal atau apa" - Khairy
KUALA LUMPUR: Meskipun dikritik beberapa pihak berhubung kenyataan tegasnya terhadap golongan antivaksin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan tetap bertegas terhadap golongan yang enggan menerima vaks

Di sebalik ketegasan itu, Khairy menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memberikan kesedaran dan penerangan beraising keberkesanan vaksin COVID-19.


"Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 dari awal lagi dan kita terus membersi penerangan.

"Saya minta maaf saya terpaksa bertegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau apa sekalipun," ciapnya di laman Twitter rasminya pada Isnin.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan golongan antivaksin.


Anwar pada Ahad berkata beliau tidak setuju dengan Khairy yang mengambil pendekatan 'paksaan' terhadap rakyat Malaysia yang enggan menerima vaksin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa kerajaan sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka mengenai keperluan menerima vaksin.


Kenyataan Khairy baru-baru ini menimbulkan perdebatan hangat selepas beliau menyatakan: "Pendekatan kita adalah, maaf cakap, kita akan buat hidup anda susah kerana anda tidak divaksin

Kenyataan tegas itu hadir sehari selepas beliau memohon pihak berkuasa agar menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,819
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,819
Reaction score
15,368
Points
1,906
1634555084884.png




Ramai antivaksin ubah fikiran bila orang tersayang maut - MMA

Diterbitkan: Oct 18, 2021 5:37 PM


Ramai pesakit Covid-19 yang antivaksin cenderung berubah fikiran selepas dijangkiti atau melihat orang tersayang meninggal kerana wabak itu, kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai.

Koh berkata ini berdasarkan pengalaman berurusan dengan pesakit seperti itu dan dia berharap mereka yang enggan divaksin tidak akan menunggu sehingga terjadi sesuatu yang malang.

"Sebagai doktor, kami telah melihat pesakit antivaksin mengubah nada mereka mengenai vaksin ketika ahli keluarga atau mereka sendiri dijangkiti Covid-19.

"Seringkali kita melihat bahawa ketika seorang anggota keluarga meninggal akibat Covid-19, secara tiba-tiba vaksin menjadi penting bagi anggota keluarga yang masih hidup.

"Oleh itu, nasihat kami kepada golongan antivaksin supaya mendapatkan vaksin sebelum mereka atau orang yang tersayang menjadi mangsa Covid-19 yang seterusnya," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelas Dr Koh (gambar, bawah), kesan vaksin Covid-19 dalam membantu mengurangkan jumlah jangkitan sudah dapat diperhatikan.







5f93a32f60a2d4792c1231b7d9d326bf.jpg



Namun, menurutnya masih terdapat penduduk, sekitar bawah 10 peratus populasi yang masih enggan diberi vaksin.

"Perlu diingat walaupun kes telah merosot dengan ketara, masih ada pesakit yang dimasukkan ke hospital untuk Kategori 3,4 dan 5 Covid-19.

"Sebilangan besar kes ini membabitkan individu yang tidak divaksinasi," katanya.

Dia berkata dengan adanya varian delta, bahkan individu yang sihat tanpa masalah perubatan sebelum ini juga boleh dimasukkan ke hospital.

"Ramai juga yang menderita Covid berpanjangan yang mana gejala seperti keletihan, gejala pernafasan dan neurologi berlangsung dari beberapa minggu hingga beberapa bulan yang merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan," katanya.

Koh berkata, kerajaan perlu meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melakukan vaksinasi untuk melindungi diri dan orang tersayang.

"Kami juga mengesyorkan bahawa selain mendidik masyarakat mengenai vaksin, perkhidmatan kaunseling ditawarkan kepada mereka yang takut melakukan vaksinasi kerana ketakutan adalah faktor utama yang menyebabkan keraguan terhadap vaksin," jelasnya lagi.

Putrajaya tidak mewajibkan vaksin Covid-19 secara menyeluruh tetapi berkata akan ‘menyusahkan’ hidupmereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin tanpa alasan perubatan yang sah.

Ini termasuk rancangan untuk membatasi akses mereka ke premis tertentu dan mewajibkan ujian mingguan.


 

FAC

Fun Poster
Messages
503
Joined
Nov 27, 2010
Messages
503
Reaction score
20
Points
25
yang tak amek vaksin ni berapa kerat je pun, tapi yang hentam kj kat page fb dia beribu komen macam satu negara plak, takkan antivaksin ni banyak fake akaun plak macam cybertrooper haha
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,429
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,429
Reaction score
1,779
Points
596
Habis la yang anti vaksin

Dah habaq dah pi vaksin

Ketegaq biji tak mau

Lani tunggu kena tibai kat pungkok
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register