BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai “Kalau nak pekatkan jangan guna tisu” – Individu dakwa peniaga bazar guna taktik kotor untuk pekatkan kuah

silverchair959

Legendary Member
gem
Messages
18,523
Joined
Dec 21, 2005
Messages
18,523
Reaction score
110
Points
138
Dakwaan seseorang individu tentang peniaga bazar yang didakwa memasukkan tisu ke dalam kuah makanan untuk memekatkan kuah telah menarik perhatian netizen.

Menerusi hantaran di platform X, seorang individu telah meminta pendapat netizen tentang perkara yang patut dielakkan oleh peniaga bazar menjelang bulan Ramadan.

Berikutan itu, hantaran tersebut telah diulang semula oleh seorang individu yang menasihatkan agar peniaga tidak memasukkan tisu ke dalam kuah makanan.

1708239123444.png


“Kalau nak pekatkan kuah, jangan masukkan tisu!! Aku dah dua kali kena makan kuah laksa/kari ada tisu,” tulisnya.

Apabila melihat komen, beberapa netizen terkejut dengan dakwaan individu tersebut.

“Adakah ini benar?,” tanya seorang netizen.


“Ya, betul,” jawab individu tersebut secara ringkas.

Terdapat juga netizen yang berkongsi pendapat dan pengalaman yang serupa yang mereka alami.

“Ada peniaga yang campur tisu yang hancur untuk membuat kuah laksa atau kari kelihatan pekat. Ini adalah satu langkah ke arah neraka.”

Sumber : https://t.ly/lKo9s
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register