BTC USD 26,805.5 Gold USD 1,959.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

“Buang Ke Laut CD Ko!”- Diva AA Kecam Single Terbaru Iqbal Zulkefli

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
9,003
Joined
Dec 6, 2010
Messages
9,003
Reaction score
588
Points
121
PicsArt_10-29-09.23.21-750x422.jpg

Bekas pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) , Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi mendapat kecaman daripada selebriti sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sejurus mengumumka bakal melancarkan single pertama nya berjudul HUJAN.

“Buang” Ke Laut CD Milik Iqbal
Menerusi laman Twitter, Diva AA memberi perumpamaan akan membuang cakera padat (CD) milik Iqbal ke laut walaupun diberi secara percuma.

“KAU BAGI FREE PUN? DIVA AA BUANG KE LAUTTTT CD KAU! BAIK MAKCIK CAPPP DENGAN SUAMI NYAHHHH.”- komen Diva AA
PicsArt_10-29-09.22.27.png

IMG_4728.jpg

Dalam pada itu, Iqbal telah mengumumkan di laman Instagram bahawa single pertamanya itu bakal dilancarkan pada 1 November ini. Lagu HUJAN yang bakal dilancarkan di Youtube Rusa Music dikatakan mengenai kisah benar dan perjalanan hidupnya yang dilalui selama ini.

“Bismillahirrahmanirrahim. 1 November lagu saya bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini”-Jelas Iqbal

Korang dah bersedia nak dengar lagu HUJAN 1 November nie? Standby tisu siap-siap kot sedih sangat kan..


*Murai
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register