BTC USD 17,231.2 Gold USD 1,798.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral “Bawa Lamborghini masuk, orang Langkawi tak pernah tengok”, founder ni kena kecam

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,728
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,728
Reaction score
4,441
Points
261
Awards
1
“Saja bawa Lamborghini masuk, kot orang Langkawi tak pernah tengok”, founder ni kena kecam

Posted on September 13, 2022 by admin
"Saja bawa Lamborghini masuk, kot orang Langkawi tak pernah tengok", founder ni kena kecam
Pada hari ini boleh dikatakan seluruh negeri dalam Malaysia mempunyai pengguna-pengguna kereta mewah berkuasa tinggi yang terdiri daripada pelbagai jenama buatan Jepun (Nissan GT-R), Jerman (Porsche) dan Itali (Ferrari dan Lamborghini).

Baru-baru ini dua orang founder produk berkongsi video mereka bersama-sama pergi ke Langkawi memandu kereta Lamborghini Huracán EVO masing-masing.

Dalam satu perkongsian video TikTok pemilik Lamborghini itu, dia mendakwa membawa kereta itu untuk tunjuk kepada orang Langkawi andai kata mereka tidak pernah melihat kereta tersebut.

Bagaimanapun perkongsian video itu cuma menjadi bahan tawa buat penduduk setempat di sekitar pulau bersejarah tersebut. Ini kerana pulau bebas cukai itu sudah cukup terkenal sebagai lokasi untuk menyimpan kenderaan mewah yang berdaftar di Langkawi.

Tambah penduduk setempat lagi, mereka menyatakan ‘sudah bosan’ melihat kereta-kereta mewah yang keluar berjalan sekitar pulau tersebut, bagi mereka itu adalah perkara biasa dan tiada apa-apa yang perlu dikejutkan.

“Kami tengok Lamborghini, macam tengok Perodua Kancil saja dekat Pulau Langkawi ini,” kata salah seorang netizen.

Dalam pada itu, seorang lagi founder menanyakan sama ada penduduk Langkawi tidak pakai minyak mahal seperti RON97 atau RON100 kerana menghadapi kesukaran untuk mencari minyak premium di setiap stesen minyak yang dia singgah. Katanya, kereta Lamborghini miliknya hanya menggunakan ‘minyak-minyak premium’ tersebut.

Menurut sumber The Vocket yang bertanggungjawab menguruskan keluar-masuk kereta-kereta mewah dari Pulau Langkawi, kebanyakkan pemilik yang sudah biasa memandu kereta mewah mereka di Pulau Langkawi, mereka sudah siap-sedia mengisi tangki minyak penuh terlebih dahulu.

Ada juga pemilik kereta membawa tong minyak tambahan berisi ‘minyak premium’ itu dari Perlis bagi memudahkan mereka guna sepanjang berada di pulau tersebut.

“Rata-rata kereta mewah tiada masalah untuk diisi dengan petrol RON95 atau mereka (founder) panggil ‘minyak murah’. Tetapi kalau nak tekan pedal sampai lebih 200km/j, memang jadi ‘semput’ kereta mewah itu,” tambah sumber itu lagi.

Maka terjawablah mengapa ada sesetengah jenama kereta mewah sangat memilih dan menitikberatkan ‘siapakah’ bakal pelanggan mereka — kerana tidak mahu para pelanggannya menampakkan jenama mereka ‘murah’ dan ‘memalukan’.

Jika anda memang seorang yang mempunyai kelas tersendiri dan benar-benar seorang car enthusiast, sudah pasti nama anda tercalon seperti dua individu dari Malaysia ini yang terpilih untuk memiliki hypercar Bugatti edisi terhad bernilai lebih RM25 juta dan menjadi pemilik terawal Ford GT di negara ini.

Bak kata pepatah mat saleh — “Class cannot be purchased, Money doesn’t mean class, You have it or you don’t.”

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register