BTC USD 118,542 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

“Agak Kritikal Lonely Aku Ni Sebenarnya…” - Khairul Aming Bagi ‘Gift’ Untuk Diri Sendiri, Netizen Terhibur!

kakigossip

Fun Poster
Messages
776
Joined
Apr 21, 2011
Messages
776
Reaction score
27
Points
20
astrogempak_khairul-aming-3.jpg


Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dipercayai telah memberi hadiah kepada dirinya sendiri semasa sesi siaran langsung (live) di TikTok menggunakan akaun pertama miliknya.

Dalam sesi yang berlangsung baru-baru ini, Khairul Aming dilihat menerima hadiah maya atau ‘gift’ daripada akaunnya yang pertama iaitu @khairulaming.



“Wah, Khairul Aming bagi angsa! Terima kasih Khairul Aming, teruk nya aku punya lonely, agak kritikal lonely aku ni sebenarnya. Takpe asal bahagia,” ujarnya sambil ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang ditonjolkan oleh KA.

"Haha, Khairul Aming bagi hadiah kat diri sendiri, memang takkan bosan tengok live dia!

“Cara lelaki membahagiakan diri sendiri.

“Kenapa Khairul Aming jadi macam ni?? Sebab student ramai sangat fail ke dia jadi macam ni,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 700,000 tontonan di akaun TikTok.

 
Back
Top
Log in Register