strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Kuala Lumpur
Badan jadi kuat dan boleh tidur nyenyak. Itu antara penipuan dilakukan sebuah syarikat pengedar produk kesihatan yang didapati menjual produk minuman ‘teh pacak’ dicampur racun perangsang seks.
Penjualan serbuk racun perangsang seks yang sengaja dicampur di dalam peket minuman campuran itu didakwa boleh memberi kekuatan luar biasa kepada lelaki, selain mengatasi masalah sukar tidur.
Bagaimanapun ujian makmal kimia mengesahkan produk dijual melalui kaedah jualan langsung itu mengandungi kimia analog sindenafil yang mampu menyebabkan serangan sakit jantung.
Kegiatan penjualan produk minuman berbahaya itu dibongkar selepas pihak Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur melakukan siasatan dan risikan terhadap penjualan produk itu.
Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya berkata, pihaknya sebelum ini menerima maklumat dari dua pengadu yang sangsi terhadap kandungan produk minuman itu.
Menurutnya, ujian makmal kimia terhadap sampel produk itu mendapati ia mengandungi [resepi’ maut kimia analog sildenafil berbeza.
“Susulan itu, kami melakukan serbuan di syarikat itu di Jalan Kuchai Lama di sini, jam 11 pagi semalam sebelum merampas kira-kira 140 kotak produk itu bernilai hampir RM20,000.
“Pemilik syarikat itu yang disoal siasat memberi alasan tidak tahu menahu berhubung kewujudan kimia itu di dalam produk minuman kesihatan dijual,” katanya.
Dia berkata, lelaki terbabit memberi alasan produk itu dihantar pembekal dan pengilang yang beroperasi di Balakong, Serdang, tanpa menyerahkan resit.
“Siasatan mendapati pihak pengedar sengaja meletakkan serbuk kimia sildenafil itu di dalam minuman teh bercampur serbuk lemon itu.
“Minuman ini amat berbahaya berikutan ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan apatah lagi kandungan kimia sildenafil di dalamnya diletakkan dalam kuantiti berlebihan,” katanya.
Menurutnya, syarikat itu pernah diserbu anggota CPF atas kesalahan sama beberapa tahun lalu namun masih meneruskan kegiatan.
“Seramai empat kakitangan syarikat itu turut diambil keterangan oleh pegawai CPF. Tindakan akan diambil mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/node/6645