strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Songkhla: Umurnya baru mencecah 19 tahun tetapi kehidupan seorang remaja, Saiful dari Kuala Besut, Terengganu, berubah 360 darjah apabila sebahagian usia remajanya itu dihabiskan di penjara Songkhla Correction Special Treatmen Prison, di sini.
Semuanya bermula apabila dia ditahan di sebuah rumah sewa di Sungai Golok bersama empat lagi rakannya dan pemeriksaan polis di rumah itu menemui pil kuda sebanyak 45 biji dalam kejadian 7 Januari lalu.
“Apabila disoal siasat, saya mengaku sebab itu memang barang saya dan tak mahu kawan lain teraniaya,” katanya ketika ditemui di penjara itu.
Saiful berkata, akibat kesalahan itu, dia dikenakan hukuman penjara tiga tahun tiga bulan.
Dia mengakui membawa masuk pil kuda ke Golok dengan sebiji pil kuda yang dibeli di negara ini berharga RM20.
Remaja itu juga mengakui dia mula mengambil pil kuda sejak berusia 14 tahun.
“Saya memang menyesal apabila dipenjarakan, lebih-lebih lagi di penjara negara orang. Saya sedih apabila hampakan keluarga dan menyusahkan mereka.
“Apabila saya keluar tak lama lagi, saya tak mahu terbabit dalam dadah. Saya nak jadi Saiful yang baru,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/node/6405