akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,694
Top Poster #4
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,694
- Reaction score
- 6,739
- Points
- 881
- Awards
- 1
‘Tamadunkah halang kami tolong anak yatim, orang miskin?’
AZMI YUSOFNovember 19, 2024
Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) menegaskan kepentingan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam memperkukuhkan perkhidmatannya kepada rakyat, khususnya selepas peningkatan peruntukan belanjawan sehingga RM140 juta.
- -
Beliau menyokong keputusan pemberian jawatan tetap kepada kakitangan KEMAS, namun mengingatkan jabatan itu agar tidak menyimpang daripada matlamat asalnya untuk membantu rakyat.
Menurut Shahidan, KEMAS perlu bersikap lebih terbuka dan mengelakkan amalan pilih kasih yang boleh menggugat kepercayaan masyarakat terhadap jabatan itu.
“KEMAS adalah untuk rakyat. Jangan biarkan tindakan segelintir pihak menjadikan kerajaan ‘perpaduan’ ini kelihatan seperti kerajaan perpecahan,” katanya.
Beliau mengemukakan perkara tersebut semasa membahaskan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau turut mengkritik pengagihan peruntukan yang didakwa tidak menyeluruh, dengan sebahagian besar diberikan kepada pegawai tertentu tanpa mengutamakan wakil rakyat.
Shahidan menyifatkan tindakan itu sebagai bercanggah dengan prinsip keadilan sosial yang diterapkan dalam gagasan Malaysia Madani.
Beliau turut mempersoalkan, adakah tamadun Madani ini bertujuan membeza-bezakan manusia dan menindas golongan miskin.
Selain itu, beliau menyeru KEMAS supaya terus membantu anak yatim dan orang miskin, seperti yang digariskan dalam ajaran Islam.
“Tamadunkah membeza-bezakan manusia? Tamadunkah yang menghalangkan orang miskin dan juga (menghalang) kami tolong orang anak yatim dengan orang miskin.
“Ingat orang Islam semua tolong ingat, Allah benci kepada orang yang mendusta agama. Siapa? Orang yang menafikan hak anak yatim dan juga bagi makan orang miskin. Tanggung kamu sendiri nanti, ya,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/11/2024