‘Simpan’ dara hanya untuk suami, wanita ini bermasalah lakukan hubungan seks

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23

Stephanie memilih untuk mengadakan hubungan seks hanya selepas kahwin. - foto MDWfeatures/Stephanie Muller

STEPHANIE Muller dibesarkan dalam sebuah keluarga Kristian dan dia memutuskan untuk melakukan hubungan seks hanya selepas berkahwin.

Ketika berusia 23 tahun dia bertemu suaminya Andrew, 31, pada tahun 2013 di gereja tempatan di New York.

Dua tahun kemudian, mereka mula bercinta dan berkahwin dua tahun selepas itu.

Mereka sepakat untuk menunggu sehingga bulan madu untuk mengadakan hubungan seks kali pertama.

Tetapi apabila tiba waktu yang ditunggu-tunggu, timbul masalah kesukaran penetrasi dan Stephanie akhirnya mengalami jangkitan yis (kulat) yang teruk.

Dia diberikan ubat tetapi tidak berkesan dan jangkitan itu berlarutan selama tiga bulan.

Apabila dia menjalani pemeriksaan pelvic, dia berasa sangat sakit, menggigil, menjerit dan menangis.

Selepas pulih dari jangkitan dia cuba melakukan hubungan seks, tetapi sekali lagi tidak berjaya.


Pasangan ini pertama kali mengadakan hubungan seks selepas berkahwin. -foto MDWfeatures/Stephanie Muller

Pada Januari 2018, dia berjumpa seorang pakar sakit puan, yang memberitahu dia mempunyai masalah vaginismus yang mana bahagian vagina mengetat.

Stephanie berkata diagnosisnya mengambil masa yang lama kerana dia tidak menyedari ia adalah satu masalah sehingga selepas dia berkahwin.

"Memilih seks selepas perkahwinan adalah pilihan peribadi saya. Saya melakukannya kerana tidak mahu melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang bukan suami saya," kata Stephanie.

"Saya secara peribadi percaya bahawa seks adalah perkara yang sangat intim dan istimewa dan saya tidak mahu melakukannya dengan orang yang saya tak akan berkahwin dengannya.

"Saya sering terfikir ia dianggap beban atau 'tradisi malu', tetapi saya benar-benar tahu ia adalah perkara terbaik untuk saya," katanya.


Stephanie bertuah kerana mendapat suami yang memahami masalahnya. -foto MDWfeatures/Stephanie Muller

Selepas didiagnosis, dia dirujuk ke Pusat Terapi Wanita dan Vaginismus tetapi diberitahu bahawa ia tidak dilindungi insurans, jadi dia diberikan Vicodin, ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan teruk untuk melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Selama bertahun-tahun dia berasa malu kerana tidak dapat melakukan hubungan seks sekali gus membuatkan dirinya menganggap suaminya hanya seorang kawan biasa.

"Kami berbincang tentang bagaimana vaginismus benar-benar memberi kesan kepada hubungan kami, ia seperti hidup dengan teman sebilik," katanya.

Pada 2018, Stephanie merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk menangani masalah ini dan mula lihat perkara lain yang boleh dilakukannya.

"Sepanjang bulan September 2018 kami berbual secara sangat jujur mengenai fizikal hubungan dan bagaimana ia mempengaruhi kami," katanya.

Stephanie akhirnya dirawat di Pusat Terapi Wanita di Plainview, New York.

"Suami saya pergi ke temujanji pada Januari 2019, memulakan rawatan pada akhir Mac 2019 dan telah sembuh serta selesai rawatan pada Mei 2019," katanya. -Metro UK

Sumber: https://www.mstar.com.my/global/dunia/2020/01/09/tak-seks-sebelum-kahwin
 
Sponsored Post

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,497
Reaction score
203
Points
73
ssh jgk ek xleh nk main
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,537
Reaction score
517
Points
81
‘Simpan’ dara hanya untuk suami, wanita ini bermasalah lakukan hubungan seks

huh... tajuk menyalahkan 'seks hanya selepas kawin'
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,583
Reaction score
567
Points
121
Nanti bila dia da ketagih, jangan pula cari lelaki lain.. Wat curang pula hahahaha.
 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
960
Reaction score
99
Points
30
Ada masuk dalam tv3 suku perihal wanita tiada salur dan tiada rahim..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register