‘Silakan saman tapi pastikan sumber sahih’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: “Silakan saman,” kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ‘mengalu-alukan’ tindakan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang mengemukakan notis saman balas RM100 juta terhadapnya.

Dr Mohd Asri menegaskan beliau tidak kisah jika Zamihan mahu mengemukakan saman, namun memintanya memastikan sumber yang didengar itu sahih dan dicatatkan secara betul.

“Jika mahu saman, silakan tapi sebelum itu pastikan sumber yang didengar itu sahih dan catatkan dengan betul. Selepas itu, biar mahkamah yang tentukan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak ada masa untuk memikirkan hal berkenaan dan menyerahkan kepada peguamnya untuk penyelesaian.

“Dakwaan berkenaan adalah cerita lekeh daripada seorang yang tiada agenda tetapi memunculkan diri dengan mengatakan kononnya sijil saya palsu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, semalam, mengenai tindakan Zamihan mengemukakan saman balas RM100 juta terhadapnya selepas menerima notis saman RM10 juta daripada bekas Mufti Perlis itu, baru-baru ini.

Zamihan sebelum ini dikatakan menerima notis saman daripada Dr Mohd Asri melalui firma Mohamed Abdullah & Co yang memberikannya tempoh 48 jam untuk menjawab balik notis itu..

Saman yang dikemukakan itu berikutan kenyataan Zamihan dalam sebuah akhbar arus perdana bulan lalu yang bertajuk Jakim: Asri Palsukan Kelulusan Syariah.

Zamihan dituntut supaya menarik balik tuduhan terhadap Dr Mohd Asri dan memohon maaf atas kenyataan dalam laporan akhbar terbabit, yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan kelayakan di bidang syariah dari Universiti Jordan dan banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi.

Zamihan dituntut membayar ganti rugi, termasuk ganti rugi teladan dan khas yang berjumlah RM10 juta.
 
Sponsored Post

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,501
Reaction score
1,366
Points
101
sape la yg pegang Jais skang nih sampai jadi mcm nih?
Kerajaan selangor tak bule buat ape2 ke untuk menghentikan penghinaan terhadap otai2 agama kat negara kita ni?

kenapa dibiarkan terus berlaku begini
 
Sponsored Post
Top
Log in Register