‘Selamat hari jadi Pak Lah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PAGI semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kakitangan dan para pegawai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memotong kek dalam satu majlis kecil meraikan hari jadi ke-69 pemimpin nombor satu negara itu.

Ia disusuli dengan satu majlis doa selamat malam tadi di Seri Perdana dengan disertai isteri tercinta, Datin Seri Jeanne Abdullah, keluarga terdekat dan kenalan rapat.

“Sepanjang bekerja dengan Pak Lah, sambutan hari jadi beliau tidak pernah diuar-uarkan. Kalau ada sambutan pun, ia tidak melibatkan kami sebaliknya dibuat secara sederhana dengan satu majlis doa selamat dihadiri keluarga terdekat serta dua tiga orang kenalannya,” kata seorang pegawai beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.

Tidak seperti negara tertentu yang sambutan ulang tahun pemimpinnya diadakan secara terbuka atau besar-besaran, hari jadi pemimpin di negara ini kadangkala ‘terlepas’ daripada fokus umum.

Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Kalau adapun secara kebetulan sahaja apabila majlis tersebut dibuat secara mengejut tanpa pengetahuan empunya diri.

Barangkali bagi Abdullah, hari jadi beliau sudah cukup diraikan oleh keluarga terdekat. Apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 tempoh hari, Abdullah percaya hanya dengan mengetepikan prejudis yang ada mampu merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan gemilang kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Di sebalik iklim politik negara-negara tetangga yang tidak keruan, beliau yakin rakyat yang bersatu padu adalah benteng pertahanan negara yang kukuh bagi menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam mahupun dari luar negara.

“Tidak ada warga yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya daripada warga yang lain di tanah air ini.

“Negara ini adalah milik bersama. Jatuh bangun dan maju mundur negara ini, kita bersama yang menentukannya,” kata beliau.

Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu.

Bagi mengembalikan keyakinan penuh rakyat, kata beliau, ia perlu datang daripada dalam parti sendiri dan bukannya orang lain kerana jika pemimpin UMNO sendiri mendapat sokongan padu daripada anggotanya, rakyat pasti memberi sokongan.

Barangkali itulah impian Abdullah di sebalik kesihatannya yang terus dirahmati oleh-Nya dalam menginjak usia ke-69 tahun semalam.

No sedap nie...Hepi beday pak lah...dah tua dah...dok umah saja lah...:eek:
 
Sponsored Post

djnaim

Fun Poster
Joined
Mar 15, 2008
Messages
471
Reaction score
7
Points
15
moga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta menjalankan amanah rakyat sebaik mungkin.Amin..
 

GoldFinger

Active Member
Joined
Jan 27, 2008
Messages
1,814
Reaction score
6
Points
25
Semoga Pak Lah dipanjangkan umur dan membuat yang lebih baik dari semalam !

Mudah-mudahan...amiiin !
 

juri

Fun Poster
Platinum Member
Joined
Apr 7, 2007
Messages
362
Reaction score
43
Points
20
selamat hari jadi.....moga panjang umur..
 

lah7257

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,971
Reaction score
5
Points
25
Umur nih dekat-dekat nak pencen dah ni. Berapa banyak la KWSP dia nanti ye bila pencen...
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Semoga panjang umur & murah rezeki. Juga didoakan agar Pak Lah menjadi pemimpin yang tegas dan berkarisma. Ini sebenarnya yang ditunggu-tunggu dek rakyat jelata. I belive you can do it overnight. Show it to all of us tomorrow.

ps: pertama elakkan tertido dalam majlis rasmi ye...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Semoga panjang umur & murah rezeki. Juga didoakan agar Pak Lah menjadi pemimpin yang tegas dan berkarisma. Ini sebenarnya yang ditunggu-tunggu dek rakyat jelata. I belive you can do it overnight. Show it to all of us tomorrow.

ps: pertama elakkan tertido dalam majlis rasmi ye...
bab tertidur nie dia tak leh buat apa dah...doc pun tak leh buata apa...semalam aku sembang ngan satu doc yang rawat kawan aku...sakit macam nie juga...doc tu kata pak lah buka saja2 nak tidoq atau sebab letih tapi sebab oksigen masuk dalam pala tak cukup..kalau oksigen masuk tak cukup cuma ada dua kemungkinan saja...sama ada tiba2 tertidur atau tak dapat berfikir dengan rasional...

aku rasa pak lah nie kena dua-dua akibat tu kot...~X(~X(~X(
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
bab tertidur nie dia tak leh buat apa dah...doc pun tak leh buata apa...semalam aku sembang ngan satu doc yang rawat kawan aku...sakit macam nie juga...doc tu kata pak lah buka saja2 nak tidoq atau sebab letih tapi sebab oksigen masuk dalam pala tak cukup..kalau oksigen masuk tak cukup cuma ada dua kemungkinan saja...sama ada tiba2 tertidur atau tak dapat berfikir dengan rasional...

aku rasa pak lah nie kena dua-dua akibat tu kot...~X(~X(~X(
Patutla orang depa minta peralihan kuasa secepat mungkin. Mana tau tetiba Pak Lah kurang rasional handiover dia punye post kat Anwar ke...:)):))
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Patutla orang depa minta peralihan kuasa secepat mungkin. Mana tau tetiba Pak Lah kurang rasional handiover dia punye post kat Anwar ke...:)):))
meraung ler najib....:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register