‘Sedia disaman Awie’

CG Sponsors




arifnikkeyell2000

Active Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
1,184
Reaction score
14
Points
25



KUALA LUMPUR: “Saya bersedia menghadapi apa saja kemungkinan termasuk disaman Awie,” kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof, semalam.

Jamaluddin berkata, beliau menanti tindakan susulan peguam Awie sebelum membawa perkara itu dalam pertemuan Majlis Tertinggi Pekida.

Menurutnya, sebarang tindakan berikutnya akan diteruskan sebaik selesai mesyuarat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak dapat bercakap lebih panjang dan hanya menanti surat saman yang dihantar peguam Awie sebelum mengambil tindakan lanjut.


“Sudah pasti, sebagai pemimpin tertinggi Pekida saya sanggup mempertahankan diri dengan mendapatkan kerjasama peguam dan meneliti maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu mengenai kenyataan Awie yang mahu menyaman Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof apabila mendakwa pemimpin terbabit mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam laporan Metro Ahad, minggu lalu.

Laporan Harian Metro, Sabtu lalu menyebut Awie, bersumpah tidak melakukan perbuatan yang didakwa Jamaluddin, termasuk mengambil RM3,600 daripada anggota yang mahu melakukan ‘baiah’ (sumpah).

Awie juga menafikan terbabit sebagai Ketua Kumpulan Naga dan antara lebih daripada 15,000 ahli Pekida yang didakwa Jamaluddin sudah menyimpang daripada matlamat asal.

Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, mengenai diri Awie, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan membiarkan kepada keadaan dan masa yang menentukan.

Menurutnya, beliau tidak mahu meneruskan pertikaian secara terbuka dan akan cuba menyelesaikan isu yang berbangkit selepas itu mengikut saluran yang sepatutnya.

Bagaimanapun, Jamaluddin mengakui mengenai program ‘pemutihan’ terhadap lebih 15,000 ahli Pekida yang tergelincir daripada landasan sebenar dan cuba membawa mereka kembali ke landasan sepatutnya.

kita tunggu jerlah jawapannya.. mana satu yg menang.. hehehe
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
ha..ambik ko.........raselah sape yg kalah
 

farhan89

Fun Poster
Joined
Nov 14, 2008
Messages
247
Reaction score
1
Points
15
ni la akhir zaman..

sama prjuangan pn bleh brtelagah..

huh
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,122
Reaction score
90
Points
80
..pekida ni patutnye x perlu ada...

..PAS..dah ada.

..budak2 pekida ,..ntah apa2 ntah...bebudak sekolah pun sebok..

..hampehh..
 

cikepong

Active+ Member
Joined
Apr 1, 2008
Messages
4,367
Reaction score
50
Points
30
ni mesti kaum cha cha kfir yg laga-lagakn ni...
 

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
tk berani nak komen bnyak....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register