‘Saya tetap perjuang hak Melayu’

CG Sponsors




BerkatNiaga

Banned
Joined
Oct 20, 2008
Messages
1,491
Reaction score
13
Points
25
PUTRAJAYA 14 Feb. – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali tetap akan memperjuangkan hak orang Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat ultra perkauman.

Beliau menyifatkan gelaran tersebut sebagai pendapat peribadi segelintir ahli politik dan pihak tertentu yang tidak menyenangi perjuangannya selama ini.

Beliau menambah, anggapan tersebut tidak mewakili pendapat golongan majoriti.



“Saya tetap dengan pendirian memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Melayu bersama-sama Perkasa.

“Ingin saya tegaskan di sini, Perkasa tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa ada pendapat yang mengatakan beliau terlalu bersifat ultra perkauman.

Menurut Ibrahim, beliau sekali-kali tidak akan menjadikan Perkasa sebagai sebuah badan politik walaupun pertubuhan itu sering membicarakan hal-hal berkaitan politik.

Sekiranya ditakdirkan menyertai mana-mana parti politik, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Perkasa terutama apabila Perkasa cukup kuat untuk memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu.

Jelasnya, beliau tidak begitu menghiraukan pandangan segelintir pihak yang tidak menyukai tindakannya memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menggelarkan saya rasis hanya disebabkan memperjuangkan hak orang Melayu.

“Kenapa pertubuhan lain yang begitu lantang memperjuangkan nasib kaum masing-masing tidak pula digelar rasis,” ujarnya.

Ketika ditanya laporan akhbar berbahasa Inggeris itu, beliau menyifatkan tulisan dan kandungan artikel tersebut adalah seimbang dan tidak mempunyai sebarang masalah mengenainya.

“Komen yang diberikan secara tersurat dan tersirat itu saya terima dengan hati terbuka,” katanya.
 
Sponsored Post

jebatz

Active+ Member
Joined
Jun 15, 2009
Messages
4,002
Reaction score
10
Points
25
perjuangan berladaskan politik semata2....anak melayu ramai yang murtad..anak melayu ramai jadi penagih...anak melayu ramai rosak akhlak di pusat2 hiburan..mana perjuangannya?porahhh....

 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
ayat orang politik.dah bosan mendengarnya. orang politik ni macam juga pelakon.ayat manis bagai.tapi hakikatnya busuk lagi dari mayat.
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
memperjuangkan melayu korupsi tidak dikira perwira..
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
apa tindakan yang sudah dibuat???
buat banner, dan tangkap gambar buat masuk akhbar tak cukup beb...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register