‘Saya Sedia Tangkap Ayah Pin’

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120


KUALA TERENGGANU – Ketika polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang berkira-kira untuk menangkap Ayah Pin (gambar), seorang bekas pensyarah dari sebuah universiti di Indonesia sedia menghulurkan bantuan.

Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah yang mengikuti perkembangan isu pemimpin ‘Kerajaan Langit’ itu mendakwa, usaha menangkap Ayah Pin perlu dilakukan dengan menggunakan elemen spiritual atau ilmu ghaib.

Bekas pensyarah di Universitas Pembinaan Masyarakat Indonesia di Medan itu berkata, semua pihak tidak boleh menafikan perkara itu dan dia sanggup menggunakan kepakarannya untuk tujuan berkenaan.

“Saya percaya pihak berkuasa mempunyai perancangan mereka, tetapi saya berpendapat langkah menangkap bukan sekadar perlukan usaha fizikal, malah lebih daripada itu.

“Jadi saya sedia tampil untuk membantu menangkap Ayah Pin supaya kegiatan menyesatkan umat Islam boleh dibanteras sepenuhnya,” katanya ketika menghubungi Kosmo! semalam.
 
Sponsored Post

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
huhuhu..
guna satelit pn xblh kesan ayah pin..
batin lawannya batin..
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
muka ayah pin yg xder "cahaya" lansung...camana orng leh ikut...:-?
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
aku pun heran... alim ulamak pun ada gak yg terikut ajaran sesat dia nie.. ilmu apa dia pakai???
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
tok sami pn ada sembah kaki dia...

heran tul...

nk kena jumpa dia depan2 nih...baru tau..:))
 

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
dia ado ilmu hisab kot..
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
ilmu putar alam sejagat..
yg xkuat iman hancur lebur pecaya..
tp aku yg xkuat iman sgt ni pun xpecaya..
apalah diorg ni..
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Bimbang Ajaran Ayah Pin

BESUT: Penduduk di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dekat sini, yang menjadi markas ajaran sesat Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 68, bimbang keputusan pihak berkuasa untuk tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas lelaki itu akan menyuburkan semula ajaran berkenaan.

Bagi mereka, biarpun replika yang bercanggah Islam seperti telaga zamzam dan bahtera Nabi Noh yang menjadi sanjungan pengikut ‘Kerajaan Langit’ itu sudah dirobohkan pihak berkuasa lebih tiga tahun lalu, ia tidak bermakna kegiatan Ayah Pin sudah berakhir.

Ini kerana, Ayah Pin lelaki yang dianggap tuhan oleh pengikut setianya itu dikatakan masih lagi berulang-alik ke perkampungan itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, lelaki itu memang berhak pulang ke perkampungan berkenaan kerana keluarganya masih tinggal di situ, cuma penduduk bimbang jika dia meneruskan kegiatannya secara senyap.

“Selepas replika di kawasan itu dirobohkan pada Julai 2005 penduduk kurang mengambil perhatian terhadap apa yang berlaku di kawasan perkampungan itu sekarang.

“Namun, sejak kebelakangan ini, ramai penduduk melihat banyak kenderaan termasuk jenis mewah memasuki perkampungan itu dan perkembangan ini menimbulkan kesangsian dan kebimbangan penduduk,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Dia juga menolak dakwaan konon Ayah Pin kini tenat akibat menghidap penyakit kronik dan bersembunyi di negara jiran sebagai pembohongan kerana lelaki itu dipercayai menetap di Tumpat, Kelantan.

Dia mendakwa, Ayah Pin yang mempunyai pengikut terdiri pelbagai agama dan bangsa termasuk dari Singapura dan Indonesia dikatakan sentiasa ditemani dua atau tiga pengikut setianya setiap kali pulang ke perkampungan itu menaiki kereta bagi mengawal keselamatannya.

Katanya, penduduk sudah jemu mendesak pihak berkuasa agama supaya dapat melakukan sesuatu termasuk menahan lelaki terbabit bagi mengelak kemungkinan dia meneruskan kegiatannya di perkampungan itu, namun hingga kini masih tiada tindakan.

“Kita bimbang Ayah Pin bertindak umpama menyelam sambil minum air apabila menjadikan keluarga sebagai alasan untuk kembali ke kawasan berkenaan, sebaliknya terus menjalankan kegiatannya secara senyap,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatan kuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, tidak menafikan Ayah Pin masih berulang alik ke perkampungan itu seperti didakwa penduduk.

“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya pulang ke perkampungan itu kerana itu kampungnya dan masih ada keluarga yang tinggal di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pejabat agama daerah sentiasa memantau pergerakan Ayah Pin dan mengetahui lokasi lelaki itu berada sekarang.

Katanya, untuk menahan seseorang yang dikaitkan dengan kesalahan membabitkan ajaran sesat sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.

“Bukan sukar untuk kita menahan individu itu tetapi payah mencari bukti bagi mensabitkan kesalahan dilakukan. Tidak ada bukti yang boleh dibawa ke mahkamah untuk mendakwa Ayah Pin kerana menjalankan kegiatan yang bercanggah Islam.

“Memang kita tahu, dia (Ayah Pin) bersalah kerana memesongkan akidah masyarakat dan melakukan kegiatan bercanggah Islam tetapi dalam mahkamah, semua itu tidak boleh dipakai dan mahkamah memerlukan bukti kukuh dan itu yang kita tidak mampu buat,” katanya

Kelmarin, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bagi mengenal pasti bentuk tindakan boleh diambil terhadap Ayah Pin.

#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register