BTC USD 57,312.7 Gold USD 1,788.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO’ – KJ

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,905
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,905
Reaction score
15,381
Points
1,906

‘Saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO’ – KJ​

WhatsApp-Image-2021-08-08-at-6.04.45-PM.jpeg


KHAIRY Jamaluddin (kanan) melawat ruang studio yang akan dijadikan PPV di Iskandar Studio Malaysia, Medini di Iskandar Puteri, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

  • 8 Ogos 2021, 7:16 pm


ISKANDAR PUTERI: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui sukar mempercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa tindakan yang dilakukan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, masalah kepercayaan itu berbangkit ekoran surat yang dihantar Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, katanya, persoalan juga timbul ekoran isu rakaman suara yang tular membabitkan Ahmad Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketika ini saya masih lagi dalam kerajaan, sebab saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO. Pada bulan Oktober lepas, beliau telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama Presiden UMNO mengatakan semua Ahli parlimen UMNO memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk oleh Presiden, tidak pernah ditanya oleh Presiden dan jauh sekali saya beri kebenaran kepada beliau untuk guna nama saya, itu yang pertama.

“Kedua, apabila timbul rakaman perbualan Presiden dengan ketua pembangkang, perkara itu dinafikan, kata nak buat laporan polis tetapi selepas itu mengaku pula yang rakaman itu tulen.

“Bagaimana saya hendak percaya Presiden macam ini yang mengatakan bahawa keputusan baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Tertinggi (MT), sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli MT buat keputusan berbeza dengan keputusan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) turut merayu UMNO untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sehingga September untuk menentukan keabsahan kerajaan melalui usul percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“I cannot trust this Presiden, kita bersama (PN) sekarang ini dan kita akan buat pendirian pada sidang nanti.

“Saya masih dengan UMNO, setia pada UMNO, biarlah saya buat kerja vaksinasi kerana ini soal nyawa rakyat Malaysia. Selagi tidak ada undian, biarlah saya buat kerja juga bagi pihak UMNO kerana saya menteri UMNO.

“Nanti selepas kita sudah selesai undi boleh kita buat keputusan, what’s next,” ujar beliau. -UTUSAN ONLINE


 
Biar saya buat kerja saya, vaksinasi ini soal nyawa rakyat Malaysia, selagi tidak ada undian, biarlah saya buat kerja. Bagi pihak UMNO, saya Menteri UMNO, nanti selepas kita dah selesai undi, boleh kita buat keputusan apa tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita hari ini ketika melawat Iskandar Malaysia Studios yang dicadangkan menjadi tapak pusat pemberian vaksin baharu di Johor.





37669646-FB49-490B-B497-4D49BE07FDB4.jpeg

248EB686-7585-40DA-AF3C-20AE49532D0E.jpeg


9A1DA1C1-3C10-4E12-8F59-E8E5F22D0E62.jpeg



Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Messages
17,696
Joined
May 29, 2008
Messages
17,696
Reaction score
7,111
Points
321
Aku pun ada masalah kepercayaan kpd vaksin..

Normal..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,905
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,905
Reaction score
15,381
Points
1,906
ni KJ sebut gini, ada la nanti kena kritik dengan ramai pengikut pakZahid
 

pinjamankereta2013

Active Member
Messages
2,062
Joined
Feb 8, 2013
Messages
2,062
Reaction score
318
Points
51
Kalau betul betul berani
Keluar ler dari umno jika dah tak setuju dgn kepimpinan atas parti
Keluar parti..buat parti sendiri ya
Kan senang

Dlm berpolitik
Mmg law mana mana parti
Kena respect sama org atas
Xder org atas
Ko pon xleh naik sampai tahap ko skang
 

pinjamankereta2013

Active Member
Messages
2,062
Joined
Feb 8, 2013
Messages
2,062
Reaction score
318
Points
51
Sama mcm mail lambong
next pru mail xder dlm list calon bn ler nampak nyer
Khairi nie pon xder dlm list
Boleh ler naikkan bakat baru pula

Kasi pecat sahaja la mail lambong and khairi nie
Dia bukan dlm list menarik sokongan pon
Biar dia masuk parti lain lagi bagus
 

eizzbizz

Super Active Member
Messages
9,569
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,569
Reaction score
956
Points
126
Kalau betul betul berani
Keluar ler dari umno jika dah tak setuju dgn kepimpinan atas parti
Keluar parti..buat parti sendiri ya
Kan senang

Dlm berpolitik
Mmg law mana mana parti
Kena respect sama org atas
Xder org atas
Ko pon xleh naik sampai tahap ko skang
hi bro..
mcm mana bro..? ada kosong tak ?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,905
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,905
Reaction score
15,381
Points
1,906
Kalau betul betul berani
Keluar ler dari umno jika dah tak setuju dgn kepimpinan atas parti
Keluar parti..buat parti sendiri ya
Kan senang

Dlm berpolitik
Mmg law mana mana parti
Kena respect sama org atas
Xder org atas
Ko pon xleh naik sampai tahap ko skang

kenapa lak nak keluar parti pulak klu tak setuju dengan pimpinan parti

takkan pemimpin parti betul sepanjang masa
apatah lagi pemimpin parti tu pulak kluster mahkamah
dan dah ada rekod dia lead jajaran baru yg bertentangan dengan prinsip parti
 

pinjamankereta2013

Active Member
Messages
2,062
Joined
Feb 8, 2013
Messages
2,062
Reaction score
318
Points
51
kenapa lak nak keluar parti pulak klu tak setuju dengan pimpinan parti

takkan pemimpin parti betul sepanjang masa
apatah lagi pemimpin parti tu pulak kluster mahkamah
dan dah ada rekod dia lead jajaran baru yg bertentangan dengan prinsip parti

Masalah skang zahid masih berkuasa dlm umno
Khairi nie apa je jawatan dlm umno
Fikir logik je la
U naik sebab umno
U nak kondem org atas umno

Nak kondem sila keluar ler
Pn pon dah bau mayat kuat sgt dah tu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,905
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,905
Reaction score
15,381
Points
1,906
Masalah skang zahid masih berkuasa dlm umno
Khairi nie apa je jawatan dlm umno
Fikir logik je la
U naik sebab umno
U nak kondem org atas umno

Nak kondem sila keluar ler
Pn pon dah bau mayat kuat sgt dah tu
takde masalah pun nak berbeza pendapat dengan pemimpin dan tak setuju dengan pucuk pimpinan
takkan sampai nak keluar parti sebab tak bersetuju dengan pemimpin
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register