‘Port’ remaja diserbu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SUNGAI PETANI: Tilam, longgokan kain baju, lilin dan kertas akhbar yang dijadikan pengalas tidur adalah antara barangan yang ditemui ketika polis menahan lapan remaja lelaki dan empat perempuan dalam sebuah premis kosong yang menjadi ‘port’ atau tempat lepak mereka.

Mereka ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam ketika sedang tidur di premis itu yang terletak dalam satu unit bangunan tidak diduduki berhampiran sebuah kompleks beli belah terkenal, di sini.

Sumber polis berkata, mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral kerana sebelum ini sering dilihat berpeleseran di sekitar bandar berkenaan.

“Namun, mereka agak licik kerana sebelum ini beberapa usaha polis dan jabatan agama untuk menahan mereka gagal kerana mereka bijak meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, penahanan kumpulan remaja terbabit bermula apabila polis yang membuat rondaan di tingkat lima bangunan kosong itu terserempak dengan sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.


“Selepas disoal siasat, pasangan remaja itu membawa polis ke sebuah premis kosong di aras yang sama. Di situ polis menemui 10 remaja lagi membabitkan tujuh lelaki dan tiga perempuan yang sedang tidur bergelimpangan di atas sekeping tilam dan kertas akhbar.

“Beberapa helai kain baju dan lilin turut ditemui di premis itu yang tidak ada bekalan elektrik. Keadaan premis itu bersepah, namun polis percaya premis itulah yang menjadi tempat tidur remaja terbabit setiap malam selepas mereka berpeleseran di sekitar bandar ini hingga lewat malam,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini remaja terbabit dipercayai sering menjadikan stesen bas dan belakang bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) sebagai ‘port’ mereka sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai.

“Tetapi apabila polis dan pejabat agama membuat pemeriksaan berterusan, mereka menghilangkan diri sehinggalah kami menemui mereka di ‘port’ baru hari ini (semalam),” katanya.

Sumber itu berkata, sebahagian besar remaja yang ditahan itu berasal dari bandar ini dan kawasan sekitarnya namun ada juga yang berasal dari Perlis, Selangor dan Johor.

Menurutnya, mereka yang ditahan kemudiannya diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Rosak akhlak....itu saja yang boleh aku kata
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Mana mak bapak diaorg ye??
 

zerodecibal

Super Active Member
Joined
Jun 18, 2008
Messages
5,547
Reaction score
5
Points
65
besh tul jadi budak remaja sekrang... lauk free banyak
 

bahtiar

Active Member
Joined
Mar 6, 2007
Messages
1,872
Reaction score
180
Points
33
besh tul jadi budak remaja sekrang... lauk free banyak
haha...zaman aku dulu..nak ajak awek keluar malam tgk wayang pon susah...ni siap tido sama2 lagi...mampos ini macam!
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
haha...zaman aku dulu..nak ajak awek keluar malam tgk wayang pon susah...ni siap tido sama2 lagi...mampos ini macam!
macam menyesal nampak

:eek::eek::eek::eek:
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
haha bkn menyesal la bro...tp mampos la negara kita klu ini mcm perangai pon ada...itu maksud aku daaaaa :D
ooo aku ingat hang tak puas hati zaman tu benda nie tarak...

:eek::eek::eek:

rasanya zaman tu pun dah ada cuma tak sehebat sekarang ler...tv paper tukang promosi....tak caya esok pi meronda tempat tu ada ler muka-muka mengharap ada saki baki

:eek::eek::eek:
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
rosak tul skrg ni :(scam:(scam:(scam
 

shah08

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
2,625
Reaction score
5
Points
25
maju sungguh remaja sekarang nie...
lagi 5 tahun mcm mane lak nnt...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register