BTC USD 28,408.0 Gold USD 1,970.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Perlu siasat perkara sebenar’

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Satu jawatankuasa khusus mengkaji penyalahgunaan subsidi beras perlu diwujudkan untuk mengenal pasti apa sebenar berlaku di dalam industri itu, selain menyelesaikan isu ‘ambil kesempatan’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Komunikasi Korporat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, isu berkenaan bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu dan sudah sampai masanya kementerian berkaitan bertindak tegas.

Katanya, pihaknya sedia maklum dengan isu itu dan kesal kerana wujud unsur penipuan di dalam subsidi beras yang sepatutnya dinikmati golongan berpendapatan rendah, selain ia satu inisiatif murni kerajaan untuk membantu rakyat.

“Amat mendukacitakan apabila berlaku keadaan seperti ini. Apa yang pasti, pengguna menjadi mangsa kerana mungkin selama ini beranggapan beras yang dibeli adalah seperti gred yang tertera pada kampit.

“Tetapi sebenarnya mereka mendapat beras 15 peratus hancur biarpun membeli beras lima peratus hancur yang lebih mahal.

“Sesiapa pun tidak akan sedar kandungan beras dibeli kerana ia siap dikampit. Ini kegiatan yang tidak sewajarnya berlaku kepada industri kita,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar ini sejak Rabu lalu mengenai penyalahgunaan subsidi beras, termasuk perbuatan mengaut untung dua kali dengan menukar kampit atau menjualnya secara terus kepada pihak ketiga.

Ia menyebabkan setiap bulan dianggarkan 30,000 tan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) yang sepatutnya dinikmati rakyat tidak sampai kepada sasaran kerana dicampur dengan beras gred lain dan dijual pada harga lebih tinggi.

Sehubungan itu, FOMCA meminta kerajaan mengambil tindakan tegas menerusi penguatkuasaan untuk memastikan perkara sama tidak berulang dan subsidi disediakan itu sampai kepada golongan sasaran.

“Pemantauan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kawal Selia Padi Beras adalah perlu. Kita mahu ia dihentikan segera atau setidak-tidaknya mereka di dalam industri patuh pada kaedah penggredan ditetapkan.

“Saya ingin tegaskan, FOMCA mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji perkara itu adalah jalan terbaik,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/4407
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register