Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 64,281
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 64,281
- Reaction score
- 7,057
- Points
- 916
- Awards
- 1
24.04.2024 - Pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung laporan berkaitan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh bercakap bahasa Melayu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pulau Pinang, kelmarin.
“Jabatan Imigresen ingin memaklumkan bahawa pelanggan terbabit sudah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada hari sama (22 April lalu). Kami ingin menegaskan bahawa pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan,” katanya yang dipetik BH.
Beliau turut menjelaskan bahawa pegawai Imigresen akan melaksanakan semakan rawak daripada pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
“Bagaimanapun, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah. Jabatan ini komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Semua pegawai juga diingatkan supaya menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh JIM,” katanya.
Terdahulu, seorang lelaki memaklumkan ibunya tidak dapat memperbaharui pasport kerana tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/...idak-fasih-berbahasa-kebangsaan-kp-imigresen/