BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Orang miskin tak makan sayur?’ – Muhyiddin

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,268
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
52,268
Reaction score
6,316
Points
881
Awards
1
‘Orang miskin tak makan sayur?’ – Muhyiddin

Yusman AwangJune 14, 2024

Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: “Saya tengok harga sayur-sayuran seperti timun, cili, sawi juga naik. Adakah golongan maha kaya sahaja makan sayur? Orang miskin tak makan sayur?”

Itu persoalan yang dilontarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait isu penetapan harga diesel dan penyelarasan subsidi bersasar bahan api itu oleh pihak kerajaan.

“Anwar (PMX) kata yang akan terjejas dengan penyasaran subsidi diesel hanyalah golongan maha kaya dan warga asing.

“Ini kerana subsidi diesel bersasar diberikan kepada kenderaan komersial tertentu untuk membendung kenaikan harga barang. Maka kononnya rakyat biasa takkan terjejas,” katanya.

Namun sebaliknya menurut beliau, tidak sampai beberapa hari subsidi diesel ditarik balik, negara dapat lihat syarikat penunda kenderaan telah menaikkan harga perkhidmatan mereka.

“Adakah golongan maha kaya saja yang kenderaan mereka rosak di tengah jalan? Kereta orang miskin tak rosak?” soalnya.

Tambah bekas Perdana Menteri itu lagi, pengeluar konkrit juga didapati menaikkan harga konkrit yang mana sudah pasti akan membuatkan harga rumah turut akan mengalami peningkatan selepas ini.

“Adakah golongan maha kaya sahaja yang beli rumah? Orang lain tak beli rumah? Cakap dia kita tak boleh percaya,” katanya.

Kerajaan melalui Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 9 Jun lepas mengumumkan bahawa harga bahan api diesel itu akan ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, berbanding RM2.15 sebelum ini. –HARAKAHDAILY 14/6/2024
 
Sponsored Post

a44cae1d-0a71-4d73-ae57-5fe4b983459f.jpeg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register