- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: “Tak payahlah dia minta maaf dengan saya. Dia juga tidak perlu mohon maaf daripada saya jika semata-mata hendak tunjuk baik kepada masyarakat.
“Saya pun sudah tak kuasa mengambil tahu hal mereka berdua,” kata Arbaeyah Abdul Manan, 30, atau Abby Abadi mengenai kenyataan maaf Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, dalam media, semalam.
Menurut Abby, dia hanya mengetahui mengenai permohonan maaf Memey itu daripada wartawan yang menghubunginya, pagi semalam.
Namun, kata pelakon itu, dia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Memey dan bekas suaminya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, atau Norman Hakim.
Malah, Abby berkata apa juga keputusan mereka berdua, termasuk hendak berkahwin tiada kena mengena dengannya lagi.
“Begitupun, sebelum Norman mahu membuat keputusan, selesaikan dulu perkara antara kami. Apa perkara itu, tak perlulah saya nyatakan. Banyak lagi perkara belum selesai sebenarnya dan biarlah hanya kami berdua mengetahui.
“Saya harap Memey belajar daripada apa yang saya lalui sebab dia pun perempuan. Saya yakin dia akan harungi juga apa yang saya lalui sekarang,” katanya.
Memey dalam kenyataan pertamanya kepada media selepas dua bulan berdiam diri memohon maaf kepada Abby.
Kata pelakon muda itu, dia tidak berniat melukakan hati Abby.
Abby seterusnya mengakui terasa kehilangan sesuatu selepas bercerai dengan Norman, 18 Disember lalu, tetapi dia tidak mahu mengenang kisah lalu.
Dia hingga kini tidak dapat menjelas atau menggambarkan perasaannya mengenai perceraian dengan Norman.
“Apa yang saya tahu, saya perlu melakukan sesuatu selepas saya tengok rumah tangga kami sukar untuk diselamatkan lagi.
“Bukan saya tak terfikir langsung, tapi saya berusaha untuk membentuk kehidupan baru. Daripada saya terlalu memikirkan mereka berdua, lebih baik saya fikirkan masa depan saya dan anak.
“Saya bahagia dengan apa yang ada sekarang. Rezeki berlakon tidak pernah putus dan gembira melihat anak membesar depan mata. Saya tidak patut menoleh ke belakang lagi. Saya berharap dapat menghadapi masa depan dengan tabah,” katanya yang sibuk di lokasi penggambaran drama Hikayat Putera Shazlan dan Jula Juli Bintang Tiga.
Dia baru memulakan penggambaran drama kepolisan, Gerak Khas bersama pelakon baru yang digosipkan dengannya, Zulkifli Arifin, 22, atau Zul.
Menyentuh hubungan baiknya dengan Zul, katanya, mereka hanya berkawan, tidak lebih daripada itu.
“Jangan sesiapa memandai hendak menjodohkan kami berdua. Zul muda lagi dan masih mengejar cita-citanya dalam bidang seni. Saya pula perlu menumpukan kepada kerjaya dan anak.
“Tidak semudah itu untuk saya berkahwin lagi pada masa terdekat. Azam tahun baru ini, saya ingin menjadi ‘orang baru’ dan perlu menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup pada hari mendatang,” katanya.
Abby dan Norman bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 18 Disember lalu.
Hubungan pasangan suami isteri itu tidak dapat diselamatkan lagi apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di pejabat pelakon Gerak Khas itu di Ukay Perdana, 30 Oktober lalu.
Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 6, Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 5 bulan.