akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,536
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,536
- Reaction score
- 6,469
- Points
- 881
- Awards
- 1
‘Melayu bukan pemalas, Melayu tersepit’
Yusman AwangAugust 22, 2024
Nadzir Helmi
KUALA LUMPUR: “Bukan semua Melayu pemalas tetapi Melayu tersepit.”
Itu penegasan Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Nadzir Helmi dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, keadaan ini berlaku apabila orang Melayu perlu bersaing dengan pesaing yang serba tersedia.
“Sebagai contoh, ada orang Melayu yang bekerja sebagai pemotong rumput tetapi mereka perlu membayar sewa rumah yang di dalamnya ada ahli keluarga, anak-anak yang bersekolah, isteri yang perlu diberi nafkah, perlu bayar cukai motor dan jalan, kenderaan yang perlu dibayar bulan-bulan dan pelbagai lagi komitmen lain,” katanya.
Oleh yang demikian, ujar beliau, harga perkhidmatan orang Melayu perlu sesuai dengan kos hidup yang dihadapi oleh warga Malaysia.
Sementara, warga asing di negara ini tidak perlu menanggung kesemua kos yang ditanggung orang Melayu.
Beliau menegaskan, warga asing hanya perlu menghantar duit ke kampung halaman mereka tetapi boleh hidup berbelas atau berpuluh orang dalam sebuah rumah yang sama
“Selain itu, mereka juga menggunakan kemudahan subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan hidup mereka di negara ini hanya perlu menghadapi kos hidup yang paling minimum sebab mereka kurang tanggungjawabnya sama ada fizikal, emosi atau mental.
“Belum cerita lagi, warga pendatang boleh memiliki kenderaan yang memudahkan mereka bekerja tetapi mereka tidak perlu ada lesen, tidak perlu bayar cukai jalan, tidak perlu ikut peraturan.
“Ada juga yang sengaja melanggar lampu merah dan mengikut laluan ikut suka mereka,” katanya.
Tambah beliau, warga pendatang ini akan melakukan apa sahaja perniagaan yang mereka boleh jalankan dengan kos yang sangat minima.
“Oleh itu, harga perkhidmatan mereka sangat menjejaskan harga pasaran kerana sesuai dengan kos hidup mereka; dan menyedihkan lagi apabila orang Melayu menggunakan khidmat mereka (pendatang) sebab murah daripada ‘warga sendiri’.
“Akhirnya, semuanya tersepit di tengah-tengah kepesatan polisi ‘kaya’ yang dianjur pemerintah,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/8/2024