BTC USD 36,239.0 Gold USD 1,842.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others ‘Megi janda anak ramai’ jadi tumpuan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
‘Megi janda anak ramai’ jadi tumpuan

KUALA NERUS – Percubaan berani pasangan suami isteri memperkenalkan menu mi segera yang dimasak menggunakan buluh menjadi apabila mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

Nur Shella Abdullah, 28, berkata, satu lagi menu ialah mi segera bersaiz besar yang dinamakan ‘megi janda anak ramai’ juga dicari pelanggannya untuk menjamu selera sepanjang musim tengkujuh ini.

Katanya, dia dan suami, Wan Ahmad Faizal Ahmad Azahar, 30, mula berniaga mi segera yang dimasak menggunakan dapur arang mulai Mac tahun lalu.

“Begitupun, bagi mencipta kelainan, kami perkenalkan mi segera dimasak di dalam buluh seolah-olah memasak lemang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini kelmarin.


Pekerja Kedai Megi Dapo Arang Jijo menghidangkan mi segera yang dimasak dalam buluh di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus.
Nur Shella berkata, walaupun mi segera buluh memerlukan kira-kira 25 minit untuk siap dimasak, ia menghasilkan aroma dan rasa lemak yang unik dan berbeza.

“Mi segera dijual pada harga semurah RM3 dan mempunyai pilihan pelbagai makanan laut yang dijual mengikut harga pasaran.

“Bagi mi segera yang dimasak dengan buluh, caj tambahan RM6 dikenakan dan sambutan diterima sangat hebat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nur Shella memberitahu, buat masa ini, kedainya hanya mampu menyediakan 100 hidangan mi segera yag dimasak dengan buluh dalam sehari berikutan faktor masa dan bekalan buluh.

Dalam pada itu, katanya, menu megi janda anak ramai pula agak istimewa kerana dimasak bersama pelbagai makanan laut seperti udang galah, ketam, sotong, kepah dan lala.

“Setiap hidangan ini boleh dimakan sehingga empat orang dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Harganya antara RM40 hingga RM50 semangkuk,” ujarnya.

Kedai Megi Dapur Arang Jijo dibuka antara pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali Rabu.
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1
:ROFLMAO:

...........................

060122-trg-mi-janda-tarikan-pix2nd-re.jpeg
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,439
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,439
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Mantap presentation dia

 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,161
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,161
Reaction score
3,152
Points
261
Awards
1
Meggi kurang sikit aku huhuhu
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1
Kreatif juga.

Makan maggi jer.

Tapi seafood banyak 🤤
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,809
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,809
Reaction score
17,753
Points
2,536
Awards
1
‘Megi janda anak ramai’ jadi tumpuan

KUALA NERUS – Percubaan berani pasangan suami isteri memperkenalkan menu mi segera yang dimasak menggunakan buluh menjadi apabila mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

Nur Shella Abdullah, 28, berkata, satu lagi menu ialah mi segera bersaiz besar yang dinamakan ‘megi janda anak ramai’ juga dicari pelanggannya untuk menjamu selera sepanjang musim tengkujuh ini.

Katanya, dia dan suami, Wan Ahmad Faizal Ahmad Azahar, 30, mula berniaga mi segera yang dimasak menggunakan dapur arang mulai Mac tahun lalu.

“Begitupun, bagi mencipta kelainan, kami perkenalkan mi segera dimasak di dalam buluh seolah-olah memasak lemang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini kelmarin.


Pekerja Kedai Megi Dapo Arang Jijo menghidangkan mi segera yang dimasak dalam buluh di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus.
Nur Shella berkata, walaupun mi segera buluh memerlukan kira-kira 25 minit untuk siap dimasak, ia menghasilkan aroma dan rasa lemak yang unik dan berbeza.

“Mi segera dijual pada harga semurah RM3 dan mempunyai pilihan pelbagai makanan laut yang dijual mengikut harga pasaran.

“Bagi mi segera yang dimasak dengan buluh, caj tambahan RM6 dikenakan dan sambutan diterima sangat hebat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nur Shella memberitahu, buat masa ini, kedainya hanya mampu menyediakan 100 hidangan mi segera yag dimasak dengan buluh dalam sehari berikutan faktor masa dan bekalan buluh.

Dalam pada itu, katanya, menu megi janda anak ramai pula agak istimewa kerana dimasak bersama pelbagai makanan laut seperti udang galah, ketam, sotong, kepah dan lala.

“Setiap hidangan ini boleh dimakan sehingga empat orang dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Harganya antara RM40 hingga RM50 semangkuk,” ujarnya.

Kedai Megi Dapur Arang Jijo dibuka antara pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali Rabu.

balik kampung boleh singgah ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register