BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘MB jangan bimbang’, Anwar sedia bantu naik gaji penjawat awam Terengganu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,556
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,556
Reaction score
6,646
Points
881
Awards
1
‘MB jangan bimbang’, Anwar sedia bantu naik gaji penjawat awam Terengganu

Perdana menteri tidak mahu penjawat awam negeri ketinggalan naik gaji seperti dinikmati di peringkat pusat.

FMT Reporters09 May 2024, 11:30 PM
anwar-ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin cadangan menaikkan gaji penjawat awam akan lulus di Parlimen, memandangkan blok kerajaan punyai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kerajaan persekutuan akan membantu kerajaan Terengganu melaksanakan kenaikan gaji bagi penjawat awam negeri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Datuk SUK (setiausaha kerajaan negeri) dan menteri besar (Ahmad Samsuri Mokhtar) jangan bimbang (peruntukan bagi kenaikan gaji penjawat awam).

“Kalau ada keperluan, insya-Allah kerajaan persekutuan akan bantu supaya tiada pegawai kerajaan yang ketinggalan termasuk di negeri-negeri,” katanya menurut Kosmo, pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Terengganu, di Kompleks Sukan Gong Badak.

Anwar berkata, keputusan menaikkan gaji penjawat awam mulai 1 Dis ini adalah muktamad.

Beliau yakin cadangan itu akan diluluskan Parlimen memandangkan blok kerajaan mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja di Putrajaya, Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan kenaikan lebih 13%, melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan juga akan meningkatkan gaji minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding ketika ini menyaksikan jumlah pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap RM1,795 sebulan.
 
Sponsored Post

tak jadi naik la.. PN koyak kt KKB nak persoal pasal kenaikan gaji ni punca kekalahan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register