‘Kuasa JPJ lulus bas dua tingkat’

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mendakwa kuasa untuk menentukan syarikat pengangkutan awam boleh menggunakan bas dua tingkat atau tidak, ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarahnya, Datin Naimah Ramli, berkata LPKP hanya mengeluarkan lesen bagi membenarkan syarikat pengangkutan awam menggunakan bas dua tingkat, selepas mendapat kelulusan daripada JPJ.

“LPKP tidak terbabit untuk menentukan keperluan bas terbabit, sama ada ia sesuai digunakan atau tidak, ia di bawah bidang kuasa JPJ. Ia adalah kelulusan kejuruteraan automotif JPJ.

“JPJ melalui kejuruteraan automotif akan menentukan sama ada spesifikasi kenderaan itu sesuai untuk digunakan atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam akhbar melaporkan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) menyarankan LPKP mewujudkan mekanisme kawalan dalam pengeluaran lesen bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan kemalangan maut.

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata selain faktor kesesuaian muka bumi, pengeluaran lesen itu juga perlu mengambil kira kemampuan pemandu mengendali bas berkenaan.

Mengulas mengenai laporan yang mendakwa sistem perkhidmatan aduan awam yang diperkenalkan LPKP berada pada tahap mengecewakan dan hanya beroperasi pada hari bekerja saja, Naimah berkata, talian LPKP tidak beroperasi 24 jam, sebaliknya beroperasi pada hari bekerja dan waktu bekerja saja.

“Pada hari tidak bekerja segala aduan masuk ke peti simpanan suara dan tindakan selanjutnya akan diambil selepas menerima laporan,” katanya.

“Segala aduan yang dikemukakan orang ramai kita akan jalankan siasatan dan tindakan akan diambil. Namun siasatan terbabit bergantung kepada kes-kes yang dilaporkan,” katanya.

Katanya, LPKP juga sedia menerima pandangan dan cadangan orang ramai dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan LPKP.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Mula menuding jari
 

nash_d

Active Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
2,287
Reaction score
0
Points
20
bila dah terantuk...baru semua nak tergadah...
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
betul ler apa yg dia kata tu...

kelulusan rekebentuk kejuruteraan bas tertakluk kepada JPJ. LPKP hanya memberikan permit kepada bas yg mempunyai kelulusan dari JPJ.


tapi bab hotline LPKP tu...
naper tak buat 24 jam / 7 hari seminggu???
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
kita tgk pasni spe plak yg kena tuduh. JKR? PLUS?
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
dah jadik kes baru nk men tuduh2..

bas 2 tingkat mmg agak ngeri sikit la nk naik sebenonye..
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
Aku tgk kat Malaysia bila jadi sesuatu musibah ramai sgt nak kasi komen kat tv la..kat newspaper la...itu la.Menteri kasi komen...Pengarah JPJ kasi komen..polis kasi komen..sampai pak guard pun nak kasi komen...tapi semua komen bercanggah dan nak lepas tangan.Masing-masing akan tunding jari kata itu ini.Paling best nak tutup operasi syarikat bas.Tapi bila keadaan dah reda masing-masing buat hal sendiri.Syarikat bas beroperasi macam biasa.Penguatkuasaan longgar.Kemudian eksiden lagi.Pastu komen lagi.Havoc lagi kat tv.Petik komen sana-sini.Pastu reda...pastu komen...pastu reda...pastu komen..berapa byk komen daaaaa..

Hasil????? Tarak...cakap saja...gaji bulan2 masuk.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register