BTC USD 64,277.5 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,494
Points
916
Awards
1
Penambahan kuah banjir pada hidangan boleh meningkatkan jumlah kalori sehingga dua kali ganda. Obesiti adalah masalah berat badan berlebihan yang berlaku apabila seseorang mencapai jisim indeks badan atau ‘body mass index’ (BMI) melebihi nilai tertentu. BMI adalah kiraan nisbah berat badan berbanding ketinggian.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan klasifikasi berat mengikut BMI bagi orang Asia dewasa berbeza berbanding klasifikasi antarabangsa yang digunakan bagi individu berkulit putih, berkulit hitam dan Hispanik.

Bagi klasifikasi antarabangsa, individu mempunyai berat badan normal jika BMI berada di antara 18.5kg/m2 hingga 24.9kg/m2. Namun begitu, mengikut klasifikasi Asia, seseorang mempunyai berat badan berlebihan jika BMI lebih daripada 22.9kg/m2.

klasifikasi-berat-badan-asia-who.png

Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Berdasarkan World Population Review 2023, Malaysia merupakan negara Asia Tenggara dengan kadar obesiti tertinggi (15.6%) dan mempunyai purata BMI 25.7kg/m2. Kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara seterusnya diikuti oleh Brunei (14.1%) dan Thailand (10%).

kadar-obesiti-dunia-2023-1024x677.jpg


Walaupun begitu, kadar obesiti di Malaysia tidaklah terlalu tinggi apabila dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya yang terletak di benua Eropah dan Amerika Utara.
 
Sponsored Post

‘Kuah Banjir’ Tinggi Kalori & Menyumbang Kepada Peningkatan Berat Badan

Twitter NutritionistKKM (@BhgPemakananKKM) berkongsi gambar rajah yang menunjukkan perbezaan kalori apabila makanan dimakan bersama-sama ‘kuah banjir’, satu budaya pemakanan yang sering dipraktikkan di Malaysia.



Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 33.7% rakyat Malaysia dewasa mempunyai BMI 27.5kg/m2 ke atas dan mengalami masalah obesiti. NutritionistKKM menekankan bahawa pengambilan hidangan yang dicurahkan ‘kuah banjir’ menyumbang kepada peningkatan berat badan dan menjadikan seseorang individu gemuk. Penambahan kuah terutamanya yang bersantan dan berminyak seperti kari dan gulai, mempunyai kadar lemak yang tinggi dan meningkatkan jumlah kalori hampir dua kali ganda. Malah, kuah juga mempunyai kandungan garam tinggi.

Menurut Nutritionist KKM, terdapat 50 kalori di dalam satu sudu besar kuah bersantan. Pengambilan kuah yang kurang adalah lebih bagus untuk diet yang sihat dan dapat membantu dalam menurunkan berat badan. Jika anda gemar memakan nasi dengan ‘kuah banjir’, pilihlah kuah yang kurang kandungan kalori seperti kuah singgang dan sup sayur.​
 

Adakah Nisbah Pinggang-Pinggul Bakal Ganti BMI?

Selain daripada BMI, tahukah anda terdapat satu ukuran lain yang digunakan untuk menilai berat badan? Nisbah pinggang-pinggul atau ‘waist-to-hip ratio’ (WHR) mengukur nisbah ukur lilit pinggang berbanding ukur lilit pinggul. Menurut WHO, WHR sederhana adalah tidak lebih 0.9 bagi lelaki dan tidak lebih 0.85 bagi wanita. WHR lebih 1.0 meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain berkaitan berat badan berlebihan. Walaupun BMI berada dalam lingkungan normal, WHR tinggi akan meningkatkan risiko penyakit berkenaan.
1688477507994.png

Kajian mendapati individu dengan badan berbentuk epal (WHR tinggi) lebih berisiko mengalami penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan kematian awal berbanding mereka yang mempunyai badan berbentuk pir. Irfan Khan dari College of Medicine and Health, University College Cork berkata BMI tidak mengambil kira taburan lemak dalam badan. Oleh itu, BMI kurang tepat dalam meramal risiko penyakit atau kematian.
 
1000221393.jpg

1000221392.jpg


KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN KE NASI

Ramai di kalangan kita amat gemar makan nasi dengan kuah banjir, tambahan pula kalau lauknya kena dengan selera. Pernah ke kita terfikir sebenarnya dengan setiap penambahan sesudu kuah boleh menambahkan jumlah kalori serta garam dan lemak (jika kuah mengandungi minyak atau santan) kepada hidangan kita.

Jadi setiap kali kita nak menambah kuah ke nasi, fikir-fikirkan dulu pesanan dan nasihat “Kurangkan pengambilan garam” , “Kurangkan makan makanan tinggi lemak” dan sebagainya.

Sumber: Nutritionist KKM
 
Nasi kandaq kuah tak banjir baik tak payah mkn la...
Sebulan sekali, dua bleh la...
nikmat donia...
Kat kl paling sedap kene dgn tekak aku...

saddam dpn kompleks pertama...
Mmg surrrrr...

Saddam situ tak pernah try
Saddam Segambut pernah try
Sedap 😋
 
kuah-banjir-satu.jpg


Yang jenis reti melayan nasi kandar je tahu apa nikmat kuah banjir..

jum layan video kuah banjir..diorang panggil joki utk org yg letak kuah..:ROFLMAO:



aku prefer nasi arab mandy, sedap lgi..
nasi tu kne pandai buat.. kne jdi fluffy..
x perlu kuah bagai..
makan kosong dgn ayam bakar, sambal..
dh memadai teringat smpi ke esok..
 
kuah-banjir-satu.jpg


Yang jenis reti melayan nasi kandar je tahu apa nikmat kuah banjir..

jum layan video kuah banjir..diorang panggil joki utk org yg letak kuah..:ROFLMAO:



aku prefer nasi arab mandy, sedap lgi..
nasi tu kne pandai buat.. kne jdi fluffy..
x perlu kuah bagai..
makan kosong dgn ayam bakar, sambal..
dh memadai teringat smpi ke esok..


Nasi Arab saya suka makan dengan sambalnya je
Selalunya Lamb Mandy atau Kabsah
2 pinggan nasi pun tak ada hal 😀
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register