BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Kenapa Saya Bogel?’ Jacyln Berang Scammer Kongsi Gambar Palsu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,450
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,450
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
18.02.2025 - Jaclyn Victor akan membuat laporan polis selepas gambar yang disunting menunjukkan kononnya penyanyi itu dalam keadaan berbogel sambil diiringi polis. Gambar itu dipercayai digunakan untuk aktiviti penipuan atau phishing dalam talian. Phising ialah apabila pengguna dalam talian ditipu untuk mengklik ke halaman tertentu, dengan matlamat mengambil maklumat peribadi dan butiran lain mereka untuk tujuan penipuan.

“Mereka ini betul -betul membuat saya marah. Nak cakap tak guna kang kita yang jadi orang tak baik. Saya akan pergi ke balai polis @pdrmsia_official @skmm_mcmc,. Juga kenapa saya bogel,” katanya dalam catatan di Instagram yang memaklumkan pengikutnya tentang penipuan itu.

Gambar digunakan oleh penipu itu dibuat untuk kelihatan seperti artikel berita, dengan tajuk: 'Jacyln Victor: Selepas wawancara, bank mengambil sedikit tindakan. Prosedur sedang berjalan.' Ia juga ditag sebagai '10 berita utama di Malaysia'. Gambar yang menunjukkan dia dalam keadaan berbogel dan kelihatan tertekan. Bagaimanapun beberapa bahagian badannya dipikselkan dan ditutup dengan perkataan "ditapis". Gambar itu dikongsi sebagai hantaran tajaan di pelbagai platform media sosial, termasuk Youtube.
1739870102666.png
 
Sponsored Post

Click bait tu .. CTDK pun pernah ada, dia tak bising pun 🤭

1739870251840.png
CtDK masih berpakaian sopan. Ok lagilah walau pun salah guna. Tapi Jaclyn tu dibogelkan. Sangat memalukan. Dia ada anak dan keluarga dan berpakaian yang boleh dikira sopan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register