akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,931
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,931
- Reaction score
- 6,490
- Points
- 881
- Awards
- 1
‘Kalau ikut hukum akal, saya sudah lama jadi arwah’
AISHAH mendedahkan nyaris mati akibat perbuatan sihir.
PETALING JAYA – Menjadi mangsa sihir beberapa kali sehingga nyaris mati, penyanyi Datuk Aishah mengakui bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati kehidupan.
Andai difikirkan secara logik akal, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 59, berkata nyawanya sudah tiada lagi disebabkan berdepan gangguan mistik yang dahsyat dan tidak terjangkau dek akal.
“Kalau ikut hukum akal, saya sudah lama jadi arwah. Saya pernah kena (sihir) berkali-berkali.
“Cuma pada saya, segala yang terjadi ini Allah mahu saya lebih dekat dengan-Nya.
“Satu lagi, perkara sebegini memberikan saya keyakinan, tiada kuasa yang lebih daripada kuasa Allah,” ujarnya menerusi satu temu bual podcast.
Kisah mistik dilalui terlalu panjang, pelantun lagu Janji Manismu itu berkata, sekiranya ingin bercerita secara terperinci tentang kejadian yang dialami, dia boleh membukukan peristiwa mistik itu dalam sebuah naskhah.
“Saya boleh tulis sebuah buku kalau nak ceritakan tentang pengalaman disihir, apa yang saya lalui. Sehingga pernah batuk tiga hari tanpa henti,” kongsinya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Aishah serik untuk menyertai mana-mana pertandingan mahupun program realiti disebabkan sering berdepan dengan perkara mistik. – KOSMO! ONLINE