BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Influencer’ swafoto dengan hantu wanita

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,910
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,910
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
‘Influencer’ swafoto dengan hantu wanita


ANNDAY berswafoto dengan 'hantu' di Hong Kong baru-baru ini. - Foto YouTube/Annday
HONG KONG – Seorang pesohor YouTube dikenali sebagai Annday merakamkan swafoto secara tidak sengaja bersama hantu perempuan ketika bercuti di Hong Kong, lapor portal berita Khaosod kelmarin.

Gambar itu menjadi tular di internet.

Kapsyen gambar di platform itu tertulis bahawa wanita disamping Annday mungkin hantu.

Ini adalah kerana ketika dia merakam swafoto tersebut, tiada seorang wanita pun di sebelahnya.

Apabila melihat gambar yang dirakamkan, Annday terkejut kerana terdapat seorang wanita memakai baju merah gelap di belakangnya.

Seorang pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Chulalongkorn yang kerap menerbitkan mesej yang menerangkan pelbagai kepercayaan, Profesor Madya Dr. Jessada Denduangboripant membantu menjelaskan bahawa gambar itu merupakan penemaun saintifik dan bukannya satu perkara ghaib.

“Anda hanya perlu kepada cahaya untuk menjadi lebih terang. Hantu jadi manusia, haha,” katanya.

Beliau berkata dalam temu bual dengan portal berita Matichon Online bahawa wanita berbaju merah dalam gambar itu adalah manusia daripada awal lagi.

Apabila lampu dilaraskan dan imej dibesarkan, ia dapat dilihat dengan jelas bahawa ia adalah seorang manusia dan bukannya hantu. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register