BTC USD 102,740 Gold USD 2,711.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Henti Tutup Mulut Kami Atau Anak Muda Sanggup Ke Jalanan’

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,478
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,478
Reaction score
7,073
Points
916
Awards
1
12.09.2024 - Pemuda PAS hari ini memberi amaran kepada kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengendahkan suara pengkritiknya atau berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan. Berucap pada muktamar sayap itu di Temerloh, Pahang pagi ini, ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudden menyelar kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan BN yang didakwanya cuba menutup mulut para pembangkang.

4458e0c419c640301ddba5bfe125d69b.jpg


“Dulu dia (PH) sanggup tidur di jalan raya untuk bersuara, kini setelah diberi kuasa, menjadi sang penguasa yang zalim mengunci mulut rakyat, menangkap mangsa, membalas dendam kesumat yang sekian lama membara. Wahai sang penguasa, kami ingin memberitahu kamu. Semakin kamu menutup mulut kami untuk bersuara menyatakan kebenaran, semakin tinggi semangat juang kami untuk bangkit melawan kemungkaran. Kami tidak rela negara yang tercinta ini dilacurkan oleh nafsu buas kamu yang songsang. Kami rela mati perjuangkan kebenaran sampai beroleh kemenangan. Kalau perlu, kalau kamu tidak endahkan suara kami ini, kalau kamu masih bertindak seperti lembu kenyang memekakkan telinga, kami anak muda Malaysia sanggup turun ke jalan raya seperti kamu buat dahulu untuk menjatuhkan kamu menyedarkan rakyat dan merampas kembali kerajaan daripada kamu,” katanya.
1726113309947.png

Terdahulu dalam ucapannya, Afnan Hamimi yang merupakan ahli parlimen Alor Setar, membangkitkan isu "tindakan keterlaluan" yang diambil oleh kerajaan terhadap mereka yang mengkritik dasar-dasarnya.

e797a129f5ea9c84c83952350aade6a4.jpg


Menurutnya, ada antara mereka malah ditahan dan alat komunikasi mereka dirampas oleh pihak berkuasa kerana bersuara. Afnan Hamimi turut merujuk kepada kemerosotan Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun ini, yang menurutnya menandakan keadaan semakin buruk dalam hal kebebasan bersuara.

“Kerajaan Madani telah menjadi lebih kuku besi, walaupun (beberapa pemimpin mereka) menjadi juara untuk kebebasan akhbar, memperjuangkan hak untuk bersuara, malah mereka membawanya ke jalan dengan beberapa orang tidur di tepi jalan untuk tujuan itu..."

e0b714bde033c6d620ef4611c6d04228.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/718960
 
Sponsored Post

'Kebebasan Bersuara Bukan Bermaksud Boleh Menghina'

12.09.2024 - Pemuda PKR mendakwa pembangkang sedang cuba membina persepsi untuk menggambarkan kerajaan perpaduan sedang giat mengekang kebebasan bersuara ketika pada hakikatnya keadaan adalah berbeza. Timbalan ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata adalah tidak benar dakwaan dibuat Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa kerajaan hari ini cuba menutup mulut pembangkang.

"Saya mohon Afnan Hamimi untuk menyatakan, mulut siapakah yang ditutup oleh kerajaan hari ini? Untuk makluman, sedangkan presiden parti Afnan Hamimi sendiri yang tanpa segan silu melabel pemimpin kerajaan dengan pelbagai hinaan pun tidak pernah lagi ditutup mulutnya, apatah lagi orang lain. Abdul Hadi Awang menggunakan istilah seperti kafir, tidak beroleh hidayah, dajal, agen Zionis dan sebagainya. Justeru kenyataan dibuat Afnan Hamimi tidak lebih sekadar cubaan untuk membina persepsi bahawa kerajaan hari ini mengekang kebebasan bersuara," katanya kepada Malaysiakini.

Dia yang juga setiausaha politik perdana menteri menambah semua pihak perlu sedar bahawa kebebasan bersuara tidak membawa maksud wakil kerajaan boleh dihina dan difitnah sewenang-wenangnya.

"Saya minta supaya Pemuda PAS tolong-menolong dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, bukan tolong-menolong berbuat dosa dan permusuhan," katanya.

Terdahulu, Pemuda PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim supaya mendengar suara pengkritik atau berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan. Afnan Hamimi yang merupakan Ahli Parlimen Alor Setar membangkitkan isu "tindakan keterlaluan" yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang mengkritik dasar-dasar kerajaan. Dia turut merujuk kepada kemerosotan Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun ini, yang menurutnya menandakan keadaan semakin buruk dalam hal kebebasan bersuara.
1726148657704.png
 
Sekat Suara Pembangkang - Saya Rujuk Indeks Kebebasan Media, Afnan

12.09.2024 - Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menepis dakwaan seorang pemimpin Pemuda PKR yang mengatakan dia hanya cuba menimbulkan persepsi bahawa kerajaan cuba menutup kebebasan bersuara pengkritiknya. Ini selepas Timbalan Ketua Pemuda PKR Kamil Munim mengkritik kenyataan Afnan pagi ini yang memberi amaran kepada Putrajaya bahawa ia berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan. Menurut Afnan, kenyataannya itu adalah berdasarkan indeks tahunan kebebasan media dunia - yang menunjukkan kedudukan Malaysia tahun ini menurun daripada indeks sebelumnya.

"Tahun lepas tangga ke-74, turun ke tangga 100 lebih. Indeks itu pun membuktikan orang kita punya pempengaruh di media sosial pun ada yang disiasat berjam-jam. Jadi, banyaklah kes tu nak dibuktikan. Saya fikir yang cakap tu dia mungkin tak ada Tiktok kot, dia tak tengok semua ini," katanya pada sidang media selepas berakhirnya muktamar tahunan Pemuda PAS di Temerloh, Pahang petang ini.

Dalam ucapan dasarnya pada sebelah pagi, Afnan memberi amaran kepada Putrajaya supaya mula mempedulikan pengkritiknya atau berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan. Susulan itu, Kamil dalam kenyataan di laman X mengkritik Afnan, dengan mendakwa pemimpin PAS itu sekadar cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
1726148793390.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register