BTC USD 64,849.8 Gold USD 1,786.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Gambar Hisap Dadah Itu Hanya Lakonan’ – Afique Hussain

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,843
Points
196
‘Gambar Hisap Dadah Itu Hanya Lakonan’ – Afique Hussain


Afique.jpg

Afique menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah.


PETALING JAYA: Pelakon Afique Hussain menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah apabila gambarnya yang seolah-olah sedang khayal dikirimkan oleh peminat kepada mStar Online baru-baru ini.

Afique, 27, bagaimanapun mengakui gambar tersebut adalah dirinya dan menjelaskan ia diambil oleh seorang krew semasa penggambaran drama bersiri berjudul Seindah Sakura yang ditayangkan di TV3 beberapa bulan lalu.

“Ya gambar itu adalah diri saya tetapi ia hanyalah bagi memenuhi watak saya sebagai Roni dalam drama bersiri Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Dalam pada itu Afique memberitahu dia akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya selepas ini kerana bimbang pihak luar mungkin menggunakan ia untuk memburukkan namanya.

Afique berkata, walaupun sedikit kesal dengan kejadian itu namun dia mengambilnya sebagai satu pengajaran.


Afique%20Hussain%20Pix.jpg

Gambar yang dikirimkan menunjukkan seorang lelaki
yang mirip Afique sedang khayal menghidu dadah.


“Foto itu saya pernah gunakannya sebagai gambar profil di Black Berry Messenger (BBM) tetapi tidak sangka pula ada pihak yang mengambilnya dan menyebarkan menerusi e-mel untuk memburukkan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Afique, penyebaran foto berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak memberi kesan kepadanya kerana yakin masyarakat sudah pandai menilai.

“Mungkin kepada mereka yang mengikuti drama Seindah Sakura akan tahu bahawa gambar tersebut adalah salah satu adegan daripada drama tersebut kerana saya memegang watak jahat.

“Saya juga tidak berasa marah atau terkilan kerana menganggap ia mungkin orang yang cuba menyebar gambar tersebut berniat baik untuk memberi peringatan kepada artis baru seperti saya bahawa tingkah laku kami diperhatikan,” ujarnya.





 
Sponsored Post

sp00f3r

Active Member
Joined
Jun 19, 2012
Messages
1,581
Reaction score
80
Points
30
zaman sekarang ni tak kisah nak bergambar main2..
semua nya akan dianggap serius..
jadi fikir dulu sebelum wat apa2
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
16,196
Reaction score
1,762
Points
191
“Saya juga tidak berasa marah atau terkilan kerana menganggap ia mungkin orang yang cuba menyebar gambar tersebut berniat baik untuk memberi peringatan kepada artis baru seperti saya bahawa tingkah laku kami diperhatikan,” ujarnya.

Bagus artis ni.. melihat sesuatu isu pd perspektif berbeza..
 

OnlineRobot

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2012
Messages
475
Reaction score
0
Points
10
menghidu dadah

dadah nak kena hidu ke

sedut kut he he... apa ntah term dia...
 

Cartoon

Super Active Member
Joined
Apr 24, 2011
Messages
9,083
Reaction score
66
Points
70
nak cpt glemer la ni...tu yg xkisah citer mcm ni timbul...
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,942
Reaction score
1,170
Points
201
dia ni yg berlakon dgn yatt tu ker??
psal rumh org2 tua tu eh???
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register