BTC USD 69,708.7 Gold USD 2,421.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Excited’ sebab comel, Vida dikecam jerit tepi telinga bayi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,728
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,728
Reaction score
6,225
Points
881
Awards
1
‘Excited’ sebab comel, Vida dikecam jerit tepi telinga bayi



PETALING JAYA – Apa sahaja dilakukan usahawan sensasi Datuk Seri Vida sering diperhatikan netizen sehingga adakalanya mengundang kecaman ramai.

Baru-baru ini, usahawan yang juga penyanyi itu menuai kecaman apabila berkongsi sebuah video memaparkan dirinya mendukung dua orang bayi ketika berjalan di dalam sebuah pusat beli belah.

Dia yang teruja melihat kecomelan bayi-bayi itu tidak dapat menahan rasa gembira apabila menjerit kesukaan ketika menggendong salah seorang bayi itu.

Bagaimanapun, tindakannya tidak disenangi netizen kerana bayi yang dikendongnya itu terus menangis dengan kuat.

“Awak jerit macam budak itu umur berapa, bukannya perlahan. Budak tadika pun kalau kena jerit macam itu pun menangis Datuk,” tegur seorang netizen.

“Jangan jerit tepi telinga baby Datuk. Pekak dia bila besar nanti. Gegendang telinga kecil lagi tu,” kata seorang netizen lain.

Ujar Vida, dia sangat menyukai bayi dan akan menegur mana-mana ibu bapa yang sedang membawa anak mereka ketika berada di luar.

Disebabkan sangat menyukai bayi, dia tidak dapat menahan diri daripada bermain dengan bayi kerana sangat geram dengan kecomelan mereka.

“Saya ini suka sangat bermain dengan bayi. Bila jumpa orang yang bawa bayi di luar atau pusat beli belah, saya akan tegur dan bermain dengan anak mereka.

“Yelah, kadang kita bila dah geram nampak bayi, rasa nak gigit je. Kasihan kat bayi seriau dengan saya jerit,” tulisnya.

Teguran yang diberikan netizen dalam ruangan komen bagaimanapun langsung tidak dibalas Vida meskipun ada yang mengecamnya berkelakuan berlebih-lebihan.

Malah kata netizen, semestinya bayi akan menangis ketakutan apabila tidak semena-mena mendengar suara jeritan yang kuat di tepi telinga. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register