‘Doktor’ karut tipu

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
KINI terdapat banyak ‘pakar kesihatan lelaki’ yang tidak bertauliah yang menghasilkan pelbagai pendekatan dan teknik yang tidak pernah diuji kononnya dapat membantu lelaki tanpa menjalani pemeriksaan betul.

Lelaki mudah sangat mempercayainya dan kesudahannya menanggung derita akibat daripada amalan dan penggunaan produk berbahaya.


‘Doktor’ karut ini juga mempunyai laman web yang mempamerkan barangan mereka dengan memasukkan maklumat dan nota yang diceduk dari laman web profesional untuk menipu pelanggan. Jadi tidak hairan jika produk yang bukan-bukan seperti minyak lintah, krim lintah, pam vakum dan segala cincin penambat zakar pelbagai bentuk dan nama diketengahkan sebagai produk profesional.

Malangnya, semua produk ini tidak pernah dikaji atau diuji secara klinikal sebelum dijual. Ada juga sebilangan pengeluar produk tanpa ujian ini mengiklankan produk mereka di kaca televisyen (TV).

Saya beri penjelasan yang panjang lebar ini, kerana seorang pembaca mengadu ada masalah mempunyai tiga buah zakar iaitu dua bercantum sebelah kanan dan sebiji sebelah kiri dengan semuanya sama saiz. Dia juga mengalami masalah zakar tertarik ke dalam dan cuba menggunakan sensa pump, tetapi gagal.

Saya percaya dia sudah kena tipu kerana membeli sensa pam untuk menyelesaikan masalahnya. Apa tujuan dia membeli pam juga tidak jelas. Pam vakum hanya untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk bukan untuk besarkan zakar atau untuk senaman zakar.

Kegunaan pam vakum suatu ketika dulu ialah untuk lelaki yang mengalami mati pucuk tetapi kini ada banyak opsyen lain yang lebih sesuai seperti ubat PDE5-Inhibitor antaranya Viagra, Cialis dan Levitra.

Pam vakum hanya digunakan apabila tiada opsyen lain. Jadi waktu hendak bersama barulah pam vakum digunakan untuk menyedut darah ke dalam liang otot zakar dan apabila ereksi berlaku, getah penambat dilepaskan ke pangkal zakar supaya ereksi kekal dan lelaki itu boleh melakukan seks penetratif dengan pasangan.

Penambatan zakar tidak boleh melebihi setengah jam, jika lebih zakar akan jadi sejuk dan lebam. Malah jika tekanan pam dilakukan secara kuat, kulit zakar boleh gelembung.

Lelaki yang kerap gunakan pam vakum untuk ‘senaman’ akan dapati kulit zakar gelebeh dan berwarna gelap dan zakar akan kelihatan kendur seperti yang anda alami.

Sebenarnya pam vakum ini banyak disalahgunakan, terutama untuk tujuan membesarkan anggota sulit. Malangnya, alat ini tidak akan membesarkan anggota sulit lelaki dan ia perbuatan sia-sia yang boleh merosakkan zakar.

Banyak lelaki sedar yang mereka hanya ada sepasang buah zakar dalam kerandut. Terdapat juga sebilangan kecil lelaki yang hanya ada satu buah zakar dalam kerandut dan paling jarang sekali tiada buah zakar.

Buah zakar mereka itu sebenarnya tersangkut dalam perut pada peringkat kanak-kanak lagi. Sepatutnya buah zakar itu diturunkan ke dalam kerandut buah zakar dari peringkat kanak-kanak lagi.

Tetapi kes pembaca itu, dia ada ‘tiga’ buah zakar. Sebenarnya jika anda rasa buah zakar anda melalui pemeriksaan kendiri buah zakar, anda akan dapati pundi epididimis di sebelah buah zakar. Ia lembut dan ada terasa macam ketulan di bahagian bawah.

Ini normal, jarang kali terdapat cista di pundi epididimis. Cista atau ketumbuhan salur dalam pundi epididimis ini boleh membesar sehingga ia boleh terasa macam ‘buah zakar’. Cista ini boleh berlaku akibat keradangan salur dalam pundi epididimis dan kekal untuk seketika. Jarang kali ia ketumbuhan barah.

Jadi untuk semua lelaki, mustahak untuk melakukan pemeriksaan kendiri buah zakar dari semasa ke semasa untuk mengesan perubahan yang boleh berlaku pada buah zakar.

Jika was-was, mustahak untuk merujuk kepada doktor dan bukan tukang urut. Salah urut anda boleh jadi mandul. Jika barah, lagi serius!

Saya berterima kasih kepada pembaca terbabit kerana berani bertanya masalahnya, jadi dia sudah tahu sekarang yang dia diperdayakan orang yang tidak bertanggungjawab untuk membeli pam, kononnya untuk memulihkan zakar sebaliknya makin teruk.

Apa yang hendak dipulihkan, zakar akan mengendur apabila tidak erek, itu memang biasa. Apa yang mustahak zakar masih mampu mencapai ereksi. Masalah ketumbuhan perlu jumpa doktor dan jika perlu dia akan merujuk anda kepada pakar yang berkaitan.


p/s:kene jaga btol2 ni :)paid:)paid
 
Sponsored Post

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
ko kena explain betul2 kat buyer ni :D:D:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register