BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Dia yang tak bayar PPR, dia yang tengking orang’

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,721
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,721
Reaction score
4,789
Points
266
Awards
1
Gambar-hiasan.jpeg


PETALING JAYA – “Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Warga asing yang sibuk berniaga tepi jalan, tiada permit tak ada pula nak pergi kacau. Pergi la kacau sana”.

Demikian reaksi balas seorang penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) apabila rumahnya didatangi dua anggota pihak berkuasa bagi menuntut pembayaran sewa kediaman yang telah tertunggak.

Menerusi satu video tular di TikTok hari ini, wanita terbabit dilihat berang dengan kehadiran pihak berkuasa malah dia turut meninggikan suara sewaktu perbincangan sedang berlaku.

“Tak payah ‘semak’ la. Sudah itu datang ‘semak’ dekat sini buat apa? Saya tengah susah, suami saya sakit, itu pun tak boleh faham kah?,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa terbabit cuba untuk menenangkan wanita tersebut selain ingin menerangkan mengenai skim bayaran ansurans yang dapat membantu meringankan bebannya.

“Puan Hidayah, dengar dahulu penjelasan saya. Kita datang sini nak bantu puan. Puan punya sewa hanya RM124 sahaja sebulan,” kata anggota pihak berkuasa itu.

“Memang lah, saya tahu. Tetapi saya tengah susah. Jangan kata RM124, RM50 pun saya tak ada dalam akaun sekarang,” balas penghuni wanita terbabit

“Sebab itu kami datang nak bantu puan, saya tahu puan susah. Kita datang ini nak beritahu yang kita ada skim ansuran (melibatkan bayaran PPR),” balas anggota tersebut. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

kalau tgk kebanyakan kereta yg parking kat kawasan PPR ni kadang-kadang macam tak logic pulak diaorang duduk kat PPR
kereta boleh tahan mahal juga (ade juga yg guna sbk)
pastu rumah kebanyakannya ade astro
tapi sewa rm124 pun culas nak bayar
bila PBT datang nak tuntut sewa yg tertunggak, macam-macam alasan yg dibagi
bila keluar notis pengusiran, merintih pulak kata dizalimi
tak paham aku dengan puak-puak macam ni 😒 😒
 
stop la ppr kt kawasan bandar ni..

ppr patut buat kt kawasan luar bandar.. kawasan yg sara idup rendah je

Luar bandar xpayah buat ppr

Ppr ni kat bandar2 sbb org bnyk keje kat bandar...nk bagi pack buat ppr.. buat kondo saja bukan semua mampu

Luar bandar elok tenang2 je xyah serabut
 
Luar bandar xpayah buat ppr

Ppr ni kat bandar2 sbb org bnyk keje kat bandar...nk bagi pack buat ppr.. buat kondo saja bukan semua mampu

Luar bandar elok tenang2 je xyah serabut

kawasan bandar tuk yg mampu survive je leh maju.. klu tak jadi la mcm ni

mcm akak ni layak sgt da terima zakat patutnya klu amount mcm tu still tak mampu.. masalahnya 50inggit pon dia kata tak mampu
 
ni masalah type M ni...ada isu sikit main bangsa plak.padahal skrg isu tertumpu kat dia x payah la pusing kot lain bangsa asing bniaga la pe la..ni la salah 1 punca ppr x terurus,lif rosak,sampah x amik,bangunan lusuh sebab penduduk dia culas bayar mentenen..
 
kawasan bandar tuk yg mampu survive je leh maju.. klu tak jadi la mcm ni

mcm akak ni layak sgt da terima zakat patutnya klu amount mcm tu still tak mampu.. masalahnya 50inggit pon dia kata tak mampu

Betul..kawasan bandar yg mampu survive boleh hidup..klu xmampu balik kg..tapi kat kg nk buat apa..dh pencen boleh la

Mana2 bandar kat dunia ni ada je masalah mcm ni...bukan kat sini je
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register