‘Dia bukan gila’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ALOR STAR: “Saya sekeluarga tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal,” kata Ahmad Dusukhi Md Noor, 56, bapa Siti Syazwani, 9, yang dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya dicampak dalam longkang di Tikam Batu, dekat sini, empat tahun lalu.

Menurutnya, dia akan mengemukakan rayuan ke mahkamah dalam tempoh terdekat supaya mendengar semula kes berkenaan bagi memastikan tertuduh menerima hukuman sewajarnya.

“Dia bukannya tidak waras, dia ingat, malah dia boleh bawa motosikal dan menghantar ibunya ke pasar. Tertuduh juga pernah menjual kasut terpakai di tepi jalan berhampiran Taman Rhu sebelum kejadian itu.

“Macam mana dakwa dia kurang waras, saya tak percaya dia gila,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahmad Dusukhi, seorang bekas tentera berkata, jika seseorang itu mempunyai akal fikiran waras, dia tidak mempunyai niat membunuh selepas merogol.

“Ini bermakna tertuduh ingat apa yang dia buat terhadap anak saya...dia bukan hilang ingatan. Saya bimbang dia akan buat benda yang sama selepas keluar nanti.

“Saya sekeluarga tidak berpuas hati keputusan ini. Kami juga tidak akan memaafkan tertuduh dan keluarganya sehingga kes selesai,” katanya.

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menjatuhkan hukuman terhadap seorang penganggur, Mohd Bashrah Akbar, 40, dari Taman Rhu, Tikam Batu, Sungai Petani menjalani tahanan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak selama mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abdul Razak, sebelum itu mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan sebelum memutuskan tertuduh, Mohd Bashrah Akbar, 40, bersalah.

Mohd Bashrah yang dituduh mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 376 bagi kesalahan membunuh dan merogol mangsa, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Siti Syazwani Ahmad Dusukhi pada 21 Disember 2004 antara jam 2 hingga 4 petang kelihatan bersahaja sambil beberapa kali menoleh ke arah keluarganya ketika hakim menjatuhkan hukuman.

Mayat Siti Syazwani ditemui separuh bogel dalam longkang, kira-kira 150 meter dari rumahnya di Taman Rhu Fasa Tiga, Tikam Batu, kira-kira 17 jam selepas dilaporkan hilang pada 21 Disember 2004.

Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji dan mayatnya ditemui keesokannya.

Pada 5 Januari 2005, seorang buruh warga Indonesia, Resan, 25, didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana membunuh mangsa. Bagaimanapun, pada 20 Disember 2005, mahkamah sama membebaskan lelaki berkenaan.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
biase r ni..tu je alasan yg terdekat
 

tok_jogho

Active+ Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,844
Reaction score
9
Points
25
biase lani...mesti kowtim kuat nyer nie....
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Itulah hukan manusia tidak adil. Hukum Allah yang adil ramai yang tolak... tiada yang lebih adil daripada Allah yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register