BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Dedah’ individu tak boikot langgar undang-undang privasi, kata peguam

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,130
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,130
Reaction score
863
Points
121

Dedah’ individu tak boikot langgar undang-undang privasi, kata peguam​

Natasha Busst-18 Apr 2024, 09:15 AM

Pakar undang-undang berkata mereka yang dimalukan di media sosial mungkin boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu yang membuat hantaran itu.​


IMG-1349.jpg

Restoran makanan segera seperti McDonald’s diboikot sejak akhir tahun lalu kerana konflik Israel-Hamas.


PETALING JAYA: Tindakan memuatnaik hantaran di media sosial untuk memalukan individu yang tidak memboikot jenama dikaitkan dengan Israel adalah melanggar undang-undang privasi, kata seorang peguam susulan penyebaran gambar orang ramai berpusu-pusu singgah di restoran makanan segera terkenal ketika Aidilfitri.

Warganet turut melabelkan orang ramai yang mengunjungi McDonald’s dan KFC itu sebagai “anjing”.

Peguam terbabit, Bastian Pius Vendargon berkata mereka yang terjejas boleh mengambil tindakan sivil kerana ia adalah “hak yang diiktiraf” di Malaysia selain memfailkan saman fitnah terhadap individu yang membuat hantaran.

“Sekiranya hantaran itu menunjukkan orang dalam gambar atau video itu telah terlibat dalam kelakuan yang menjijikkan atau sesuatu yang mencemarkan nama baik mereka di mata masyarakat umum, maka ia boleh menjadi fitnah.”

Beliau juga berkata hantaran itu juga mungkin telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak memulakan prosiding jenayah.

“Jika hantaran seperti ini boleh mencetuskan keganasan atau menggugat keamanan, maka ia termasuk dalam Akta 588. Itu adalah penyalahgunaan media,” katanya.

Seksyen 233 Akta 588, sebagai contoh, menjenayahkan kandungan dalam talian yang “lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perwatakan dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengugut atau mengganggu orang lain”.

“Di Kuantan, sudah ada keganasan fizikal atau ancaman keganasan fizikal. Itu telah melampaui batas,” tambah Vendargon.

Di Kuantan, Pahang, seorang lelaki baru-baru ini mendakwa sekumpulan lelaki telah menghinanya ketika dia pergi cawangan McDonald’s bersama keluarganya, dengan salah seorang lelaki itu dikatakan mengugut untuk memukulnya dengan topi keledar.

Lima orang telah ditahan berhubung kejadian itu. Mereka disiasat kerana ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata tindakan mengambil gambar pelanggan di restoran itu tanpa persetujuan mereka adalah melanggar undang-undang dan hak privasi mereka.

Beliau berkata satu lagi kebimbangan mengenai video terbabit ialah wajah kanak-kanak di bawah umur boleh dilihat dalam beberapa hantaran, yang boleh menjadi pelanggaran Akta Kanak-Kanak 2001. Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan sekatan ke atas laporan media dan penerbitan mengenai kanak-kanak.

“Identiti kanak-kanak tidak boleh didedahkan, ini satu pencabulan. Tindakan boleh diambil oleh menteri kebajikan,” katanya merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.

“(Siaran ini) adalah perkara yang mesti diteliti oleh pihak berkuasa. Mereka tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan.”

 

Attachments

Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register