BTC USD 68,074.2 Gold USD 2,356.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘DAP sekarang sama macam BN dahulu’ – Ustaz Idris

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,793
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,793
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
‘DAP sekarang sama macam BN dahulu’ – Ustaz Idris

Izwan Abdul HalimApril 22, 2024

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) daripada DAP bertindak memberikan peruntukan di lokasi bakal berlangsung PRK Kuala Kubu Bharu merupakan satu bentuk pencabulan kepada segala ikrar dan janji yang dilaungkan selama ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad membidas amalan yang dahulunya sering dijadikan kecaman terhadap Umno-Barisan Nasional (BN), tetapi kini menjadi perangai sama dilakukan DAP apabila berada di tampuk kuasa pemerintahan.

“Sekarang tabiat yang sama mereka lakukan. Jadi sekarang ni rakyat tertanya-tanya, apakah reformasi yang nak dibuatkan oleh Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani ni?” persoal beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga berkata, dahulu pimpinan DAP selalu menguar-uarkan perjuangan berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik dan menjadi ungkapan seperti disebut Perdana Menteri hari ini.

Namun menurut beliau, hari ini parti tersebut ketika berkuasa telah mencabuli semua itu menyebabkan rakyat memandang serong terhadap kerajaan, sedangkan ia berpunca daripada perbuatan oleh mereka sendiri.

“Zaman BN buat dulu, awak (DAP) yang hentam. Kalau dulu kenapa yang awak duk marah sangat, tapi sekarang awak buat perangai tu? Jadi orang cakap hari ni ‘pemimpin cakap tak serupa bikin’.

“Oleh itu jangan marahlah apabila netizen ‘review’ balik ungkapan-ungkapan yang awak ungkapkan ketika awak jadi pembangkang dulu. Jangan marah pula apabila adanya netizen ‘upload’ balik video-video lama.

“Ucapan-ucapan lama awak netizen ‘compared’ dengan ucapan dan tindakan yang awak buat pada hari ini. Jangan marah kerana kamu yang membuka pekung yang ada kepada diri kamu sendiri,” bidasnya.

Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan RM5.21 juta yang dinyatakannya bagi menambah baik infrastruktur awam selepas mengadakan lawatan kerja bersempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Kuala Kubu Bharu pada 18 April baru-baru ini.

Peruntukan tersebut meliputi 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui MPHS manakala RM664,000 kepada MPKK, antara projek baik pulih dan menaik taraf 10 unit gerai MPHS di Jalan Abdul Hamid serta Pasar Awam Rasa, Hulu Selangor.

Dalam sesi lawatan tersebut Menteri dari DAP itu turut menyempurnakan Majlis Perasmian Bomba Sukarela Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Bharu serta menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000.

Nga juga melawat Kuil Sri Sithi Vinayagar di situ dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM127,050 kepada Pertubuhan Berhala Sri Sithi Vinayagar bagi kerja-kerja membaiki bangunan keagamaan sedia ada.

“KPKT juga telah meluluskan RM250,000 kepada Persatuan Penganut Dewa Siaw Kong dan Dewi Lee Ma untuk membaiki keadaan bangunan rumah ibadat yang lama dan uzur,” ujarnya ketika lawatan itu.

Beliau juga memaklumkan projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas di situ telah siap untuk diserahkan kepada penduduk memerlukan bagi menggantikan rumah lama mereka yang usang serta tidak lagi selamat untuk didiami.

Ustaz Idris percaya pemberian peruntukan tersebut baharu permulaan dan akan ada banyak lagi mungkin akan ditabur oleh pihak berkenaan sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Bharu nanti bagi meraih undi.

Bagaimanapun beliau menyifatkan semua itu akan menjadi ‘khazanah’ penting kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk turun berjumpa rakyat dan menjelaskan betapa pemimpin kerajaan ketika ini ‘cakap tak serupa bikin’. – HARAKAHDAILY 22/4/2024
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register