All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Portal > News

Old 06-10-2009, 04:47 PM  
5448
Dann Dann is offline
Administrator
 
Join Date: Nov 2005
Posts: 2,007
Default CariGold.com tidak menyokong organisasi penganjur forex exhibition yang tidak telus

Pihak CariGold.com ingin membuat satu pengakuan bahawa pihak kami tidak menyokong mana-mana organisasi luar yang menganjurkan 'forex exhibition' di dalam Malaysia. Ini kerana adalah di atas beberapa faktor :-

1) Ada organisasi penganjur yang tidak jujur, tidak telus, dan berdiri di belakang proksi sebuah syarikat broker.
- Sistem 'voting' pihak penganjur 'forex exhibition' ini sama sekali tidak tepat. Ini kerana mereka telah disogok lebih awal oleh mana-mana syarikat broker yang berminat untuk memenangi 'vote' tersebut. Lihatlah begitu mudahnya sesuatu sogokan boleh menjadikan sesuatu syarikat broker tersebut menerima award Broker Terbaik atau sebagainya.

2) Pihak penganjur forex exhibition tersebut sama sekali tidak di 'approve' oleh mana-mana entiti forex yang berpengaruh. Contohnya : MetaQuotes

3) Segala jenis keutamaan adalah untuk syarikat broker yang menyogok semasa penganjuran forex exhibition.

CariGold.com telah banyak kali dihubungi oleh satu organisasi penganjur forex exhibition semenjak awal tahun ini dan ditawarkan sebagai sponsor utama forex exhibition di KLCC Convention Center, tetapi kami menolak pelawaan tersebut. Akhirnya, kami menerima maklumbalas yang negatif tentang aktiviti sistem undian mereka yang berunsurkan penipuan.

Sebagai satu komuniti besar untuk forex trader khususnya di Malaysia, kami amat mementingkan keadilan dan ketelusan untuk kepentingan semua traders supaya setiap traders dapat menilai sendiri syarikat broker mana yang terbaik tanpa diselubungi penipuan di sebalik tabir oleh pihak yang yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

CariGold.com juga tidak menyebelahi mana-mana syarikat broker, malahan tidak disponsor, dinaungi, diupah, mahupun dibayar atas kepentingan sesuatu pihak atau mana-mana syarikat broker. Kami berdiri di atas komitmen kami sendiri dan segala aktiviti komuniti ini tidak sama sekali disponsor oleh mana-mana pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Atas kepentingan traders Malaysia supaya tidak terus tertipu oleh organisasi korupsi seperti di atas, dalam masa terdekat CariGold.com akan berusaha membuat survey dan mencari mana-mana organisasi forex exhibition yang lebih telus untuk semua syarikat broker, kemudian kami akan menawarkan diri sebagai media sponsor utama.

Kami berharap tindakan susulan ini dapat mengekalkan suasana yang sihat di dalam dunia forex Malaysia.

Harap Maklum.

 


Extras
New Article
New Reply

Announcement
« Previous | Next »
You Rated this Thread:

No comments for this article.
Be The First

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

CG Portal > News
All times are GMT +8. The time now is 01:06 PM.


Copyright ©2005 - 2008, CariGold Dot Com. All Rights Reserved.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE