BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Menghadiri Majlis Perkahwinan

Qy_viceVersa

Active Member
Messages
1,399
Joined
Aug 14, 2008
Messages
1,399
Reaction score
12
Points
25
Hukum mengunjungi majlis perkahwinan :

Fardhu Ain.

Dalil dari RasuluLlah yang bererti :

Apabila dijemput ke majlis kenduri hendaklah kamu hadir. (Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab walimah walau sekadar dengan seekor kambing, no 4872, Muslim dalam bab Nikah, bab mas kahwin dan diharuskan dengan mengajarkan al Quran nombor 1427)

Syarat menghadiri walimah :

1. Walimah tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja. Jika dikhususkan untuk golongan ini maka tidak wajib menghadirinya.

Dalil dari hadith rasuluLlah yang bererti :

Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah (kenduri) yang dijemput hanya orang-orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang tidak menghadiri jemputan sesungguhnya telah menderhakai ALLah dan Rasul-Nya (Riwayat Muslim dalam bab Nikah, bab suruhan menghadiri jemputan apabila dipanggil, nombor 1432 daripada Abu Hurairah r.a)


2. Orang yang menjemput ialah orang Islam. Begitu juga orang yang dijemput. Jika tidak, kita tidak wajib menghadiri walimah tersebut.

3. Hendaklah jemputan pada hari pertama, jika walimahnya diadakan lebih daripada sehari. Sunat menghadirinya jika dijemput pada hari kedua. Makruh menghadirinya pada hari yang ketiga. RasuluLLah bersabda yang bererti :

Walimah hari pertama adalah hak, walimah hari kedua adalah baik, walimah hari ketiga pula adalah riak dan berbangga-bangga. (riwayat Ahmad 5/28 dan selainnya)


4. Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan. Jika jemutan dilakukan kerana takut kepadanya atau ingin mendapatkan kedudukand an pangkat, jemputan tidak wajid dihadiri.

5. Empunya walimah bukan orang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram. Jika sebaliknya, walimah itu tidak wajib dihadiri.

6. Dalam walimah tidak terdapat perkara-perkara yang mungkar seperti arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan atau gambar manusia atau haiwan yang tergantung pada dinding rumah pengantin. Sabda RasuluLLah yang bermaksud :

Sesiapa yang beriman kepada ALLah dan hari akhirat, dia jangan duduk sama sekali di hidangan yang ada arak. (Dikeluarkan oleh Hakim dan dia mensahihkannya. Al Mustadrak, kitab Adab, bab jangan duduk di majlis yang ada arak (4/288)).

Sumber :

Kitab Fikah MAzhab Syafie - Menghuraikan bab UNdang-Undang Kekeluargaan. Dr Mustofa al-Khun, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali Asy Syarbaji.
 
tq for da info... gud info...
 
Nak tambah. Kalo orang jemput kita sekeluarga tanpa specifik tak berdosa kalo kita tak pergi tetapi ada salah seorang dari keluarga kita yang pergi. :)
 
Back
Top
Log in Register