BTC USD 81,590.9 Gold USD 4,377.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cristiano Ronaldo gila tubuh seksi - push up 3000 kali sehari,tidur cukup

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
MADRID- Pernahkah anda terfikir mengenai bagaimana bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengekalkan bentuk tubuh yang menarik?

Apakah bentuk senaman yang telah dipraktikkan calon anugerah Ballon d’Or itu sewaktu sesi latihan bersama pasukannya dalam usaha pemain tersebut memastikan tahap kecergasannya berada pada kedudukan yang terbaik?

Ronaldo merupakan seorang yang obses terhadap rutin latihannya. Malah, bekas jurulatih, Alex Ferguson yang pernah membimbing kapten Portugal tersebut sewaktu mewakili Manchester United mengakui kegilaan Ronaldo yang sentiasa mahu dilihat menarik.

“Tiada yang secara kebetulan apabila bercakap mengenai tubuh yang cantik. Saya selalu melihat Ronaldo mengamalkan rutin senaman sepanjang dalam latihan," katanya.

Selain keinginan dan motivasi yang tinggi, Ronaldo juga seorang yang sangat berdisiplin apabila persoalan penjagaan tubuh badan dibangkitkan.

Kata-kata petikan seperti tiada kesakitan, tiada keuntungan (No pain, no gain) sememangnya benar, tetapi bagi pemain bola sepak seperti Ronaldo mahu pun atlet terkemuka yang lain, mereka amat menyedari betapa pentingnya menetapkan rutin latihan dan mengikuti jadual tersebut tanpa wujud perasaan malas.

Bagaimanapun, perlu juga diingat tentang hakikat bahawa Ronaldo merupakan seorang atlet profesional dan dia juga dikelilingi oleh jurulatih kecergasan profesional serta pakar diet yang sentiasa memantau perkembangannya.

Sejak pemain itu tiba di Old Trafford, Ronaldo telah melalui transformasi pada bentuk tubuh badannya, daripada seorang budak lelaki yang hanya memiliki tubuh kurus kering kepada lelaki yang berotot. Bentuk tubuh yang dimilikinya pada hari ini, bukanlah berlaku secara kebetulan.

Ronaldo perlu mengikuti sesi latihan sekurang-kurangnya sebanyak lima kali seminggu di kem latihan Real Madrid dekat Valdebebas dan sesi tersebut turut disusun mengikut kesesuaian jadual perlawanan yang bakal Madrid harungi pada minggu berkenaan.

Secara purata, pemain itu menyertai latihan selama tiga hingga empat jam sehari dan disusuli dengan pelan diet yang amat ketat. Dalam satu program dokumentari yang pernah disiarkan pada 2010 mendedahkan, Ronaldo merupakan seorang pemain yang amat mementingkan waktu tidur yang cukup.

Di atas kepercayaannya itu, Ronaldo akan tidur awal pada sebelah malam, supaya dia juga boleh bangun awal. Media Britain pada 2009 pernah melaporkan mengenai Ronaldo yang melakukan senaman latih tubi iaitu sit-up sebanyak 3,000 kali yang menjadi rutinnya pada setiap hari. - AGENSI





cr2.jpg
 
Last edited:
alonso plak brapa kali wat push up sehari?? wiiwiiwii
 
sit-up sebanyak 3,000 kali yang menjadi rutinnya pada setiap hari. - AGENSI

woho ho ho ho 3000 ribu tu
 
Ko ni TT,dari mlm tadi dah ku perhatikan..mlm tadi ko post pasal pic awek aku si DJ radio tu...pg ni ko post pasal pic aku plak..plizz lh TT,atliz minta izin dulu boleh x?? :)) :)) :))
 
aku konon2 nk buat 30 kali sehari tk terbuat2:eek:
 
aku pun sama 3000 kali sehari buat push up dgn org rumah...
 
Ko ni TT,dari mlm tadi dah ku perhatikan..mlm tadi ko post pasal pic awek aku si DJ radio tu...pg ni ko post pasal pic aku plak..plizz lh TT,atliz minta izin dulu boleh x?? :)) :)) :))

siang cite psl jantan plak:))
 
Alonso skrg mmg slalu pushup...kn alonso kn...ari tu kt bali je bape kali dah kn...hahahaha...
 
3000 push up = 150-180 minit , mungkin dia penah buat sebyk tu tapi aku x caya tiap2 hari dia push up 3k
 
Back
Top
Log in Register